Header Ads

Aksi Kucing Kejutkan Jemaah Sedang Tidur Di Masjidilharam (Video)

Makkah, 7 Jun: Gelagat seekor kucing yang dilihat secara tidak sengaja 'mengejutkan' seorang jemaah yang sedang tidur ketika azan berkumandang mencuri tumpuan netizen terutamanya netizen di Arab.

Video terbabit, yang dimuat naik di Youtube merakamkan kucing itu bermain-main dengan satu objek sebelum meluncur mengikuti objek tersebut sehingga terkena jemaah yang sedang tidur itu.

Aksi Kucing Kejutkan Jemaah Sedang Tidur Di Masjidilharam

Selepas itu, dilihat kucing berkenaan dengan selamba berlalu dari jemaah berkenaan.

Jemaah yang sedang tidur itu bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga.

Video yang bertajuk "Cabaran kucing-kucing di Mekah" itu dimuat naik pada 1 Jun lalu dan mendapat lebih dari 400,000 tontonan.

Video berkenaan juga turut mendapat mencuri perhatian beberapa stesen TV tempatan seperti Ajel dan emirates247.

Tonton video Jemaah Terpinga-Pinga Dikejutkan Kucing Di Masjidilharam di bawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.