0
A+ A-
RIO, BRAZIL - Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan dirogol dan ditarik keluar jantungnya dalam kejadian Rabu lalu. 

Lapor Daily Mail, Raiana Aparecida Candida, 10, yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu, ditemui mati dan ditanam dalam sebuah ladang di Rio de Janeiro. 

Budak Perempuan Dirogol Dan Jantung Ditarik Keluar

Suspek, Jairo Lopes, 42, ditemui oleh penduduk kampung bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian. Suspek dibelasah kira-kira 500 penduduk tempatan. 

Ekoran itu, pihak polis terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk mengeluarkan suspek dari kawasan tersebut.

Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Dan Jantung Ditarik Keluar

Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Dan Jantung Ditarik Keluar

"Kami terpaksa menggunakan helikopter untuk membawa keluar suspek kerana penduduk tempatan mahu membunuhnya," kata Ketua Polis, Giovanni Idalmo de Faria. 

Menurut Giovanni, suspek mengaku melakukan pembunuhan pada masa lampau, namun tidak mengaku merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan itu. 

Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Dan Jantung Ditarik Keluar

Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah telah diculik oleh suspek sebelum dirogol dan dibunuh. 

Jairo bagaimanapun telah ditemui bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian selepas penduduk menjalankan gerakan mencari selama 5 hari. Jairo telah dibelasah 500 penduduk yang berang dengan tindakan kejamnya itu. Namun dia menafikan dakwaan itu. 

Bagaimanapun, Jairo mengaku telah membunuh mangsa selepas disoal siasat oleh polis. 

Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Dan Jantung Ditarik Keluar

Kanak-Kanak Perempuan Diperkosa Dan Jantung Ditarik Keluar

Dalam siasatan awal, detektif mendakwa suspek telah menculik mangsa untuk meminta wang tebusan. Tetapi, berdasarkan penemuan tatu ahli kumpulan sihir di perut suspek, kemungkinan mangsa dibunuh untuk upacara sihir. 

Mangsa tinggal dan dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal akibat 8 bulan lalu. 

Menurut ibu saudara mangsa, suspek telah datang ke rumah mereka seminggu sebelum Raiana dilaporkan hilang. Suspek datang dan memperkenalkan dirinya sebagai Roberto dan mahu berjumpa dengan ayah Raiana untuk mencari kerja. 

Datuk mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya itu tiada di rumah. Lalu suspek singgah sebentar dan berbual dengannya sambil menghisap rokok dan menjelaskan bahawa dia mahu mencari kerja.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top