0
A+ A-
KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di negara ini, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, cadangan berkenaan merupakan satu strategi yang dikenal pasti untuk mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

Cadangan Kenakan Cukai Terhadap Minuman Bergula

"Walau bagaimanapun, cadangan cukai ini adalah tertakluk kepada persetujuan pihak Kementerian Kewangan," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai gula seperti yang dilaksanakan di Britain, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara, di sini hari ini.

Menurut Dr Hilmi lagi, cadangan itu termasuk dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan 'Policy Options' bagi tahun 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top