Header Ads

Che Puan Khaleeda, Isteri TMJ Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang telah selamat menimang cahaya mata sulung, pagi tadi.

Berita gembira itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli lapor Mynewshub.

Che Puan Khaleeda, Isteri TMJ Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.

“Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat,” ujar kenyataan berkenaan.

TMJ dan Che’ Puan Khaleeda mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2014.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.