0
A+ A-
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi topik perbualan hangat di media sosial di Tanah Besar China, apabila dikatakan lari dari rumah dengan membawa bersama adik kembarnya.

Kejadian lucu ini didedahkan anggota polis yang menahan tiga beradik berkenaan yang cuma ‘berlengging’ ketika ditemui lapor Mynewshub.

Cubaan Budak 2 Tahun Bawa Adik-Adik Lari Dari Rumah

Menurut sebuah portal, kanak-kanak yang berasal dari bandar Jiande dan tinggal di tingkat enam sebuah pangsapuri di situ, mengambil masa selama satu jam sebelum berjaya lolos dari pintu keselamatan kediaman tersebut.

Mereka ditemui merayau-rayau di sebatang jalan oleh seorang pemilik kedai runcit.

Kakak Bersama Kembarnya 'Ditahan' Polis Saat Ingin 'Mengembara'

“Mereka merayau-rayau seperti penguin yang comel,” kata pekedai itu.

Kanak-Kanak 2 Tahun Bawa Adik Lari Dari Rumah

Penemuan kanak-kanak tersebut segera menarik perhatian penduduk setempat hinggakan ramai yang sanggup memelihara mereka.

Kakak Bersama Kembarnya 'Ditahan' Polis Saat Ingin 'Mengembara'

Anggota polis dikenali sebagai Chen bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan penemuan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-Kanak 2 Tahun Bawa Adik Lari Dari Rumah

Chen kemudiannya membuat dua kumpulan anggota, satu untuk menjaga mereka manakala satu lagi kumpulan mengenalpasti ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Siasatan mendapati tiga beradik itu bertindak keluar ketika ibu mereka sedang tidur. Si ibu hanya menyedari kehilangan anak-anaknya selepas terjaga dan mendapati kesemua mereka sudah tiada di rumah. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top