0
A+ A-
SEBELUM KAHWIN 

"Awak, belilah Honda Civic baru itu. Cantik sangatlah designnya. Gaji awak RM3,500, mesti boleh lepas," 

DEKAT NAK KAHWIN 

"Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis perkahwinan kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas," 

SELEPAS KAHWIN 

"Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi? Sampai bila nak menyewa, kan?"

PERGI BANK 

"Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah? Komitmen abang tinggi sangat. Bencilah macam ni. Abang dah tak sayang saya ke?" 



Krik... Krik... Krik... 

Formula Beli Kereta Mampu Milik Yang Ramai Tak Tahu

Tak tahu nak beli kereta harga berapa? Saya kongsikan dua formula beli kereta mampu milik. 

Kereta mahal sudah menjadi impian sejak tahun satu pengajian di universiti. Dengan harapan, selepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2,500, nak beli kereta yang paling mahal, yang layak untuk gaji itu. 

Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Yelah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan anda. Haha! Lawak. Itulah permikiran budak-budak baru nak up. 

Ketahuilah bahawa, jika anda mampu membeli kereta, belum tentu anda mampu membeli rumah. Tetapi jika anda mampu membeli rumah, pastinya anda mampu membeli kereta. Faham? Kalau ramai yang tak faham, saya akan terangkan. 

Jadi, saya ingin berkongsi formula untuk membeli kereta mampu milik versi #harithfaisal. 

CARA PERTAMA 

Harga kereta tidak melebihi gaji tahunan anda. Jadi, jika anda bergaji RM2,700, harga kereta anda mestilah tidak melebihi dari RM32,400. 

RM2,700 x 12 = RM32,400 

Proton Saga FLX pun boleh dapat dengan harga RM33K++ tetapi tak glamourlah kalau fresh Banker atau Engineer guna Proton Saga kan? Paling tidak, nak angkat Toyota Vios, Nissan Almeera. Kan? 

CARA KEDUA 

Ansuran bulanan mesti tidak melebihi 15% (lagi rendah lagi bagus) daripada gaji anda. Saya sendiri menggunakan kereta ansurannya tidak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, jika anda bergaji RM2,700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405. 

RM2,700 x 15% = RM405 

Jika hanya 15% digunakan untuk membeli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. 

Okay, dapat?

SENANG CERITA BELI KERETA IKUT KEPERLUAN 

"Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke?" 

Tak, beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar, buat apa beli? Selepas 9 tahun, akan jadi besi buruk juga. Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu bolehlah dipertimbangkan untuk tukar kepada kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga. 

Dan suami isteri kalau tak perlu dua kereta, berkongsi saja satu kereta. Pergi dan balik pejabat, bersama-sama. Dalam kereta bolehlah bersembang, bergurau untuk menyuburkan rasa cinta agar sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Hahaha! 

BUDAK BARU NAK UP, GUNA KERETA MAHAL 

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ini. Bergaji RM2,700 tetapi memiliki kereta dengan ansuran bulanan RM800. Mari kita kira. 

(RM800/RM2,700) x 100% = 30% 

30% daripada gaji diperuntukkan untuk ansuran bulanan adalah sangat tidak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal. Silap-silap kereta itu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan. 

Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada, apatah lagi simpanan deposit untuk membeli rumah? Pilihan terakhir, nak kahwin kena buat pinjaman peribadi sebanyak RM30,000. 

Beli kereta mahal-mahal nak impress bakal bapa mertua? Memang bakal bapa mertua kagum dengan 'pencapaian' anda tetapi anda yang merana seorang diri. Hujung bulan makan maggi dalam kereta mahal sambil menitiskan air mata. 

Fikirkanlah banyak kali sebelum anda terjebak dengan kereta-kereta mahal. 

Paling bagus, beli kereta terpakai yang harganya murah dan dibayar secara tunai. Atau tidak perlu beli langsung. Tunggu sudah kahwin barulah beli atau beli dua buah rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif dari rumah sewa, buat bayaran ansuran kereta kita pula. 

"Kereta kita guna, penyewa rumah yang tolong bayarkan," 

Best kan? Nak share? Silakan. - Harith Faisal

Catat Ulasan Blogger

 
Top