0
A+ A-
Salah satu foto berwarna jasad Ernesto ‘Che’ Guevara setelah dia dibunuh pasukan Bolivia pada 9 Ogos 1967. Foto-foto ini disimpan beberapa dekad sebuah keluarga di Sepanyol.

Seorang lelaki Sepanyol mendedahkan bahawa keluarganya menyimpan gambar yang memaparkan jasad tokoh Revolusi Cuba, Ernesto “Che” Guevara yang mati dibunuh tentera Bolivia, lapor dari laman Kompas.Com hari ini.

“Pak Cik saya membawa foto-foto itu semasa dia menghadiri perkahwinan ibu bapa saya pada akhir 1967,” kata Imanol Arteaga kepada AFP.

Gambar Mayat Che Guevara Yang Ditemui Selepas 47 Tahun Dibunuh

Arteaga mengatakan, bapa saudara Luis cartero pernah menjadi mubaligh di Bolivia di semasa Che cuba mencetuskan revolusi di negara Amerika Latin tersebut.

Arteaga, yang bekerja untuk kerajaan bandar kecil Ricla di Sepanyol, berkata ibu dan ibu saudaranya mendakwa foto-foto itu diperolehi bapa saudaranya dari seorang wartawan Perancis. Selepas bapa saudaranya meninggal dunia, Arteaga kemudian menanyakan foto-foto Che Guevara itu kepada ibu saudaranya.

Selepas 47 Tahun Dibunuh, Gambar Mayat Che Guevara Akhirnya Ditemui

“Dan ibu saudara saya tanpa ragu langsung mengambil dan memberikan foto itu kepada saya,” tambah Arteaga sambil menambah foto-foto itu disimpan di dalam sebuah sampul surat.

Arteaga yakin foto-foto itu diperolehi bapa saudaranya dari wartawan AFP Marc Hutten, yang berjaya mengambil beberapa foto berwarna jasad Guevara sesaat setelah dibunuh tentera Bolivia di desa Vallegrande.

Selepas 47 Tahun Dibunuh, Gambar Mayat Che Guevara Akhirnya Ditemui

“Dia (Hutten) meminta mubaligh untuk membawa foto-foto itu kerana mereka adalah satu-satunya bangsa Eropah di Bolivia saat itu. Hutten memberikan foto itu jika dia kesulitan keluar dari Bolivia,” tambah Arteaga.

Che Guevara ditangkap pasukan Bolivia pada 8 Oktober 1967 dan dibunuh sehari selepas ditangkap. Jasad Guevara dikebumikan di sebuah kubur rahsia bersama enam orang gerila lain dua hari setelah dilaksanakan hukuman itu.

Selepas 47 Tahun Dibunuh, Gambar Mayat Che Guevara Akhirnya Ditemui
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top