0
A+ A-
Tindakan seorang ibu membiarkan anak-anaknya bermain air pancut dalam keadaan bogel menjadi tumpuan dan mengundang pemandangan yang tidak enak kepada pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Singapura semalam.

Menurut seorang pengikut laman web Stomp (Stomper) iaitu John, kejadian itu berlaku di Bugis Junction pada pukul 8.15 malam lapor Mynewshub.

Ibu Selamba Biar Anak Bogel Main Air Dikecam

Jelas John menerusi temubual melalui telefon kepada laman itu, kanak-kanak itu dipercayai berumur dua atau tiga tahun dilihat bermain-main air pancuran sambil diperhatikan oleh ibunya.

Perlakuan si ibu yang membiarkan sahaja anaknya itu mandi dalam keadaan bogel telah menarik perhatian beberapa pengunjung yang lalu-lalang di situ.

Selamba Biar Anak Bogel Main Air, Ibu Dikecam

Malah tidak kurang juga yang mengambil gambar aksi kanak-kanak tersebut.

Hal itu menyebabkan John turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan selamba ibu kepada kanak-kanak terbabit yang seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku.

“Terdapat begitu ramai orang di sekeliling.

“Bagaimana si ibu hanya membenarkan anaknya untuk berbogel di khalayak ramai seperti itu?” soal John tidak puas hati.

Kebiasaannya, perlakuan seperti ini sering kali didengari dilakukan oleh warga China. Namun siapa sangka ada juga segelintir penduduk Kota Singa yang cuba untuk meniru tindakan seumpama itu. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top