0
A+ A-
Seorang peserta Pencetus Ummah mencetuskan kontroversi apabila dilihat mempersoal pengambilan vaksin oleh kanak-kanak. Dia yang menulis status pada laman Facebook Page rasminya dikecam hebat.

Imam Muda Ammar Dikecam Kerana Persoal Pengambilan Vaksin

Berikut merupakan teguran ikhlas buat Imam Muda Ammar yang kami petik menerusi Facebook Page Medical Mythbusters Malaysia,

1. Setiap status yang dimuat naik oleh tuan adalah tanggung-jawab tuan. Tuan bertanggungjawab di atas pengaruh status itu ke atas lebih 3000 pengikut tuan Di ruangan Facebook ini dan atas sebaran awam.

2. Status tuan yg telah dipadamkan (lihat lampiran foto) telah tersebar dgn meluas. Kami tafsirkan status berikut sebagai "mempersendakan satu kehilangan nyawa" serta "serangan momokan terhadap usaha tegar pihak kesihatan untuk memelihara negara kita dari penyakit berjangkit yg serius".

Persoal Pengambilan Vaksin, Imam Muda Ammar Dikecam

3. Tahukah tuan apa itu penyakit Difteria? Difteria ialah penyakit berjangkit yg serius - hasil dari jangkitan bakteria Corynebacterium Diphteriae. Kesan jangkitan ialah gangguan pernafasan hingga membawa maut dan ia lebih berpotensi untuk menjangkiti kanak-kanak dan golongan lemah seperti pesakit kanser dan Warga emas.

4. Untuk pengetahuan tuan, pada 1921 seramai 15,520 orang mati di Amerika Syarikat- asbabnya ialah penyakit Difteria. Pernyataan ini bukanlah pertikaian mengenai tugas Malaikat Maut. Ia adalah untuk membuktikan bahawa Difteria adalah asbab Pembunuh yg nyata!

5. 1993: Russia mencatat sejarah apabila merebaknya penyakit Difteria menjangkiti 12,865 orang. Ini menepati ciri wabak penyakit. Wabak harus dicegahi dan vaksin adalah satu metodologi pencegahan penyakit yg diiktiraf oleh Pakar-Pakar Perubatan. Pencegahan wabak adalah selaras dengan seruan Allah dalam surah Al- Baqarah sebahagian ayat 195 yang bermaksud "Jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan" yang membawa erti kata lain bahawa Islam menyeru kita untuk menyelamatkan diri dari sebarang benda yang mengakibatkan bahaya atau kemusnahan.

6. Status tuan yg seterusnya (sila rujuk kepada lampiran foto) telah menyatakan bahawa tuan hanya bergurau dan juga ingin supaya kami hormat terhadap pilihan golongan anti-vaksin.

Persoal Pengambilan Vaksin, Imam Muda Ammar Dikecam

7. Ingin kami memberi peringatan kepada pihak tuan bahawa Nyawa yg diberikan oleh Allah adalah sesuatu yg berharga dan perlu dipelihara. Nyawa bukanlah satu bahan yg boleh dibuat bahan gurauan.

8. Pilihan golongan anti-vaksin untuk tidak memvaksinasikan anak-anak mereka bukan sahaja memberi impak kepada keluarga mereka Tetapi juga membawa kesan yg serius terhadap orang ramai dengan tersebarnya penyakit berjangkit. Justeru itu, pilihan yg membahayakan komuniti harus ditentang dengan keras dan serius. Kami mohon pihak tuan membuat bacaan lanjut mengenai konsep " herd immunity" untuk lebih memahami konsep vaksinasi.

9. Status ini dimuat naik secara Umum memandangkan status tuan juga dibuat secara Umum.

10. Kami memohon semua pihak bertanyalah kepada pihak yg arif mengenai sesuatu perkara. Jangan buat andaian Dan jenaka tidak bertempat.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top