0
A+ A-
SEORANG wanita dari Ahmedabad, India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya, baru-baru ini.

Vimla Vaghela, 54, didakwa membelasah suaminya, Narsinh sampai mati gara-gara ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh mangsa lapor Mynewshub.

Isteri Pukul Suami Sampai Mati Sebab Tolak Seks

Vimla yang bengang, dikatakan mengambil sebatang kayu lalu memukul Narsinh beberapa kali sehingga dia menemui ajal.

Selepas kematian suaminya, Vimla sendiri pergi membuat laporan polis namun membuat kenyataan palsu bahawa dia bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya daripada dipukul.

Namun berdasarkan bukti, pihak mahkamah menolak alasan berkenaan dan menghukum Vimla menghabiskan seluruh sisa hidupnya dalam penjara.

Dia juga diarahkan membayar denda sebanyak 2,000 rupee (RM121) atas kesalahannya itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top