0
A+ A-
1. Untuk pisau cukur – Untuk mencegah pisau cukur kamu daripada berkarat, berhati-hati menyapu lapisan nipis pada pisau yang kering untuk melindunginya dari pengumpulan karat.

2. Menenangkan kulit selepas waxing – Sapukan pada kulit selepas waxing untuk menenangkan kulit dengan segera.

3. Letak pada luka dan calar – Ia bertindak sebagai penghalang bagi mengelakkan kekotoran masuk ke dalam luka dan membantu penyembuhan kulit.

Jika Anda Guna Vaseline Hanya Untuk Bibir Kering, Anda Silap

4. Untuk botol pengilat kuku – Sapukan sedikit pada ‘leher’ botol cat kuku untuk menghentikan penutup melekat semasa ditutup.

5. Untuk kutikel kering – Sapukan pada kuku jari dan kaki untuk menjaga manicuredan pastikan kaki kamu kelihatan sebaik baru.

6. Hapuskan eye bag – Sapukan lapisan nipis di bawah mata kamu sebelum tidur untuk membantu kurangkan kesan beg mata bila bangun pagi.

7. Merapikan rambut – Hangatkan sedikit jeli dalam tapak tangan sebelum sapu pada rambut untuk melicinkan rambut atau akar keriting.

8. Mencegah hidung kering – Sapukan sedikit di bawah dan keliling hidung untuk mengelakkan kulit kering dan di dalam lubang hidung kamu untuk menghentikan kesakitan kulit kering semasa cuaca sejuk atau jika kamu berada dalam bilik hawa dingin dengan lama.

9. Bibir kering – Selain diletakkan di bawah hidung, anda juga boleh letakkan pad bibir untuk elakkan ianya kering.

10. Penyerlah tulang pipi – Sapukan pada tulang pipi kamu sebelum kamu pakai blusher untuk pastikan blusher tahan lebih lama dan bentuk wajah lebih tajam.

11. Mencegah pewarna menitis – Jika kamu sering warnakan rambut sendiri di rumah, sapukan lapisan pada garis rambut kamu untuk mengelakkan pewarna rambut daripada menitis ke bawah pada kulit wajah kamu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top