0
A+ A-
BAGAN SERAI, 6 Jun: Seorang kanak-kanak tiga tahun terpaksa menahan derita apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di sini dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu, kemaluan kanak-kanak terbabit tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator itu bersama keluarga lapor Berita Harian.

Kemaluan Budak 3 Tahun Tersepit Di Eskalator

Punca kejadian bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 8.16 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam.

Detik Cemas Alat Sulit Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Di Eskalator

Detik Cemas Alat Sulit Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Di Eskalator

Zakar Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Di Eskalator

Catat Ulasan Blogger

 
Top