0
A+ A-
Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya.

Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

  • RM120 penalti
  • RM80 penalti
  • RM88 bil bulanan
  • RM70 1 bulan notis


Lagi Luahan Pelanggan Rasa Dianiaya Oleh Astro

Satu bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni?

Ini bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la.

Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu.

Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?
Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan.

Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak.

Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.

Catat Ulasan Blogger

 
Top