0
A+ A-
SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit dan menangis, selepas solat asar di Makkah, kelmarin.

Berulang kali lelaki tersebut melaung kesyukuran kepada Allah SWT membuatkan semua orang tertarik untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku lapor Mynewshub.

Lelaki Buta Dapat Penglihatan Depan Kaabah

“Ya Allah mataku sudah boleh melihat, aku sudah boleh melihat, Allahuakbar..” ratap lelaki tua tersebut yang mendakwa dirinya selama ini buta, namun tiba-tiba diizinkan Allah Taala untuk melihat pada petang itu.

Hal ini membuatkan orang sekeliling lelaki tua berkenaan mula melafazkan tahniah dan memuji-muji kebesaran Tuhan terhadap hambanya.

Salah seorang saksi turut bertindak merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuatnaik video ke laman sosial, membuatkan  dalam masa sekejap sahaja rakaman itu menjadi viral.

Kebanyakan page Facebook berkaitan Islam turut dilihat mula berkongsikan video tersebut yang seperti dijangka, mendapat perhatian ramai.

Pemeriksaan kami bagaimana pun mendapati, ada pihak mendakwa aksi lelaki dalam video tersebut sebenarnya cuma lakonan seorang pencuri profesional yang cuba melepaskan diri daripada pihak berkuasa namun tidak berjaya apabila dia tetap ditahan tak lama selepas itu.

Buat masa ini tak dapat dipastikan yang mana satu penjelasan tepat bagi video yang sedang viral ini – sama ada lelaki buta tiba-tiba boleh melihat ketika solat Asar, atau pun semua ini cuma lakonan semata-mata. Namun jika dilihat semula pada rakaman, lelaki tua terbabit jelas memakai jam tangan. 

Wallahua’lam.

Tonton video Lelaki Buta Sebak Dikurniakan Penglihatan Depan Kaabah di bawah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top