0
A+ A-
SEORANG ibu merakam tindakan pembuli jalan raya yang cuba mengancam keselamatan dirinya dan anak perempuan, dalam kejadian di sebatang jalan merentasi sempadan Johor Bahru – Singapura, baru-baru ini. 

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik mangsa di halaman Facebooknya, Crystal Yeo mengatakan dia sedang memandu dalam barisan kenderaan bagi melalui ujian kastam Malaysia. 

Lelaki Singapura ‘Gila’ Ajak Pemandu Wanita Gaduh

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang menggunakan kenderaan no pendaftaran Singapura dikatakan naik berang akibat Yeo menggunakan ‘laluannya’. 

Lantas ia membuatkan lelaki itu keluar dari kenderaannya dan terus melulu secara agresif ke arah mangsa. 

Lelaki berusia lingkuan 40-an itu dilihat terus menggertak mangsa yang pada ketika itu, mangsa langsung tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan terlalu takut. 

Lelaki berkenaan turut menghentak cermin kenderaan mangsa dan turut cuba membuka pintu kenderaan wanita itu. 

Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya pintu kenderaan mangsa pada ketika itu tidak berkunci. 

Tindakan lelaki berkenaan yang dilihat cuba melakukan kerosakan dan mengancam keselamatan telah menerima pelbagai kecaman yang mana rata-ratanya mengatakan lelaki berkenaan mungkin ‘gila’. 

Netizen di media sosial lantas meminta Yeo segera melaporkan kejadian itu agar lelaki berkenaan disiasat oleh pihak berkuasa.

Tonton video Lelaki Singapura Panas Baran Ajak Wanita Bergaduh di bawah.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top