0
A+ A-
Saya terbaca kes pedofilia dari ahli keluarga dan turut membaca komen-komen netien yang meragui kisah tersebut. Inilah masalah masyarakat kita, cerita seperti ini adakalanya susah orang hendak percaya. Disebabkan itulah banyak mangsa yang memilih untuk mendiamkan diri mereka. 

Ingin saya berkongsi pengalaman sendiri yang telah lama disimpan hampir 26 tahun. Tiada sesiapa pun yang tahu tentang cerita ini termasuklah ibu bapa, malah isteri saya. 


Perkara ini berlaku ketika saya berusia 8 tahun. Masa itu, saya adalah ahli Kelab Komputer sekolah. Ada seorang cikgu yang saya namakan 'Cikgu Ali' (bukan nama sebenar), memang rapat sangat dengan anak-anak murid. Cikgu Ali juga menjadi kesayangan ramai murid kerana dia baik dan mesra. Ya, dia juga guru bagi Kelab Komputer sekolah. 

Satu hari, saya hadir ke kelas komputer dan kebetulan pula pada ketika itu hanya saya seorang sahaja yang datang awal. Pada masa itu, saya memakai seluar trek. 

Cikgu Ali meminta saya duduk di atas ribanya sambil menaip di komputer. Bagi seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, pastinya tidak berani menolak sebab arahan cikgu mesti dipatuhi. Jadi, saya pun turutkan sahaja. 

Tangan jahat Cikgu Ali mula menjalar dan semakin jahat. Dia dengan beraninya mula menyelak seluar saya dan meraba XXXX saya. Saya memang tak berani melawan sebab dia cikgu dan beranggapan bahawa apa yang dibuat olehnya itu adalah betul dan perlu dipatuh. 

Saya diam dan menangis. Saya bernasib baik apabila kawan-kawan yang lain sudah datang dan mula memenuhkan kelas. Cikgu Ali melepaskan saya. 

Sejak dari itu, saya berhenti dari kelas komputer atas alasan saya tidak lagi berminat. Mujur ayah saya mengizinkan. Sejak dari itu juga saya mendapat tahu bahawa bukan saya seorang sahaja menjadi mangsa. Ada beberapa pelajar yang lain juga pernah menjadi mangsa Cikgu Ali. 

Aktiviti Cikgu Ali terbongkar setelah seorang rakan saya mengadu pada ibunya tentang kelakuan Cikgu Ali. Malangnya, ibu bapanya tidak mengambil sebarang tindakan kerana tidak percaya dan menuduh anaknya mereka-reka cerita. 

Semasa saya di darjah 6, semakin ramai yang menjadi mangsa Cikgu Ali. Kami pernah beramai-beramai bersama kawan-kawan yang pernah menjadi mangsanya ingin membuat aduan pada Gugur Besar. Namun, kami telah diugut oleh Cikgu Ali. Perasaan takut pada Cikgu Ali masih menebal, lalu kami membatalkan niat tersebut. 

Umur 8 tahun saya tidak tahu apa yang cikgu buat pada saya. Saya hanya menangis sebab malu dan takut. Saya tidak faham bahawa tindakan Cikgu Ali pada waktu itu adalah pencabulan. 

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, ambil tahu tentang apa yang berlaku pada anak-anak anda di sekolah. Tanya khabar, kenali guru mereka, ambil tahu aktiviti seharian mereka di sekolah. Ibu bapa juga perlu mendidik anak tentang bahagian mana yang tidak boleh disentuh dan siapa yang boleh dan tak boleh. Anak-anak kena faham bagi mengelakkan jenayah pedofilia berleluasa tanpa kita sedar. - Mangsa

(Baca: Kisah Benar Budak Hampir Menjadi Mangsa Kerakusan Pakcik Sendiri)

Catat Ulasan Blogger

 
Top