0
A+ A-
China - Pihak berkuasa di sini kini menggunakan khidmat pasukan SWAT dengan membawa mereka mengawal pintu masuk dan bilik peperiksaan sebagai satu usaha untuk membendung gejala meniru dalam peperiksaan di negara itu.

Di negara tersebut, pelajar yang didapati bersalah meniru boleh dikenakan hukuman penjara maksima tujuh tahun.

Masalah Pelajar Meniru, China Guna Khidmat Pasukan SWAT

Pada tahun ini, 9.4 juta pelajar menduduki peperiksaan yang dikenali sebagai "gaokao" secara serentak, bagi menempah beberapa tempat di universiti.

Gaokao merupakan peperiksaan penting di China yang bakal menentukan major yang akan dipilih oleh pelajar dan mana-mana pelajar yang cemerlang peperiksaan itu boleh dikatakan mempunyai masa depan yang cerah.

Tahun ini juga, buat pertama kalinya kertas peperiksaan diedarkan oleh pasukan SWAT dan sekurang-kurangnya lapan pegawai polis mengawal setiap pusat peperiksaan, lapor media negara itu.

China Guna Khidmat Pasukan SWAT Atasi Masalah Pelajar Meniru

Xinhua melaporkan, kerajaan kini sedang mengawal ketat peperiksaan supaya alat-alatan canggih untuk meniru tidak digunakan semasa peperiksaan berlangsung.

Difahamkan juga wujud sindiket 'scammer' yang menipu para pelajar dengan menjual kertas soalan palsu peperiksaan terbabit.

Pakar di 21st Century Education Research Institute, Xiong Bingqi, memberitahu Ruters China akan terus berusaha keras dalam melawan peniru dan sindiket peperiksaan itu.

"Meniru dalam peperiksaan gaokao boleh menjatuhkan kewibawaan peperiksaan itu, dan boleh memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan

"Kerajaan akan terus mengambil langkah serius untuk membendungnya", katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top