0
A+ A-
Assalamualaikum YDH Tuan/Puan

Makluman awal kejadian 1 wanita Warga Emas telah dipotong kaki oleh 1 lelaki malayu di percayai Penagih Dadah.

Nenek Dipotong Kaki Oleh Penagih Dadah

A) Pasir Mas report 2868/16 bertarikh 19.6.16@1840 hrs

B) Pengadu:
Sadli Bin Nordin
Pekerjaan:PDRM

C) Tempat kejadian:
Di rumah Kg Tanjong Rendang, Lemal, Pasir Mas

D) Fakta kes:
Pada 19/06/2016 jam lebih kurang 1825 hrs semasa bertugas di bilik gerakan IPD Pasir Mas telah terima panggilan dari orang awam mengatakan ada 1 perempuan Melayu warga emas telah dicederakan dengan cara menetak pergelangan kaki kiri sehingga putus. Saspek dipercayai penagih dadah.

E) Siasatan awal :

- Mangsa berada di hospital pasir mas dan dapati mangsa seorang wanita umur 89 tahun. Pergelangan kaki kiri telah ditetak hingga putus. Mangsa kini dalam keadaan stabil.

-Hasil temubual mangsa mengatakan pada jam 6.00 petang seorang lelaki yang dikenali sebagai Fikri telah datang ke rumahnya untuk meminta wang. Mangsa tidak memberikan wang yang diminta. Saspek telah memasuki rumah mangsa dan telah menumbuk bahagian muka mangsa dan mangsa terjatuh. Semasa jatuh mangsa melihat saspek memegang sebilah senjata tajam dan telah menetak kaki kirinya. Mangsa menjerit kesakitan dan tidak lama kemudian orang kampung telah datang dan membawa mangsa ke Hospital Besar Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Kaki Nenek Dipotong Oleh Lelaki Melayu Disyaki Penagih Dadah

Butiran Mangsa:
Nama:Mek Som Binti Mat Diah
KPT:271128-03-xxxx (89th)
Alamat: Kg Tanjung Rendang, Lemal, 17000 Pasir Mas.

- Saspek telah berjaya ditangkap oleh orang kampung dan diserahkan kepada MPV serta dibawa balik ke IPD Pasir Mas.

Butiran Saspek
Nama:Mohd Fikri Bin Noor Rosland
KPT:970228-03-xxxx(19th)
Alamat:Kg Tanjong Rendang Lemal 17000 Pasir Mas Kelantan

- Saspek dipercayai seorang penagih dadah.

- Siasatan ditempat kejadian akan dijalankan bersama pihak Forensik.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

Terima kasih.

Catat Ulasan Blogger

 
Top