0
A+ A-
KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan seorang lelaki dipercayai membeli motosikal milik pelakon dan pelawak, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, atau lebih dikenali Johan Raja Lawak yang dilaporkan hilang dicuri Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 30 tahun telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Desa Melawati, Wangsa Maju kira-kira jam 3.15 pagi.

Hasil semakan, pihak polis mendapati motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam bersama suspek mempunyai rekod hilang di daerah Wangsa Maju.

Padah Beli Motosikal Curi Milik Johan Raja Lawak

“Kita telah buat semakan dan dapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau selain negatif dadah.

“Lelaki ini direman selama tiga sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada Selasa lalu, Johan dilaporkan telah meletak motosikal yang telah dikunci berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur.

Apabila hendak pulang kira-kira jam 11 malam, Johan mendapati motosikalnya itu tiada dan telah berusaha mencari di kawasan sekitar gagal, Johan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang keesokan harinya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top