1
A+ A-
Seorang pakar psikologi, Tania Trinidad Paredes meninggal dunia selepas meminta teman serumahnya menampar dan menjerutnya dengan kabel ketika mereka melakukan seks ganas di Mexico. 

Susulan itu, Juan Ruiz Torres, 32, telah ditangkap. Juan yang juga seorang wartawan memaklumkan wanita itu mati secara tidak sengaja ketika mereka melakukan seks. 

Pakar Psikologi Maut Akibat Seks Ganas

Ketika menceritakan kejadian berkenaan, Juan berkata, dia sedang minum bersama mangsa dan seorang lagi teman serumah mereka, Jose Luis Arzate apabila Tania mencadangkan mereka mengadakan seks bertiga. 

Jose bagaimanapun enggan dan terus tidur, hanya dia dan Tania yang melakukan seks dan ketika itu Tania mencadangkan seks ganas. 

“Tania meminta saya mencekiknya dan menampar mukanya kerana dia sukakan seks ganas,” kata Juan. 

Dia kemudiannya mencapai kabel di tepi katil lalu menjerut leher wanita berkenaan dan Juan melakukannya dengan kuat hinggakan Tania tidak sedarkan diri. 

Bedah siasat mendapat punca kematian Tania akibat lemas dan lehernya juga patah. 

Media melaporkan pada mulanya Juan menafikan terlibat dalam kematian Tania namun akhirnya mengaku ketika disoal siasat. 

Siasatan masih dijalankan dan setakat ini Juan tidak didakwa.

Tonton video laporan Pakar Psikologi Maut Akibat Dijerut Kabel Dalam Aksi Seks Ganas di bawah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top