0
A+ A-
PEMERGIAN Muhammad Ali, 74, seorang lagenda tinju dunia merupakan satu kehilangan buat arena tinju dan para peminatnya di seluruh dunia.

Ali yang mendapat jolokan ‘The Greatest’ menghembuskan nafas terakhir di Hospital Phoenix, Arizona kerana masalah pernafasan dan penyakit Parkinson.

Kehilangan lagenda tinju itu menjadi trending di laman sosial Twitter, ribuan mengucapkan takziah atas pemergiannya.

Pemergian Muhammad Ali Dirasai Kawan Dan Lawan

Ali disanjung bukan sahaja sebagai jaguh tinju malah pengorbanannya sebagai seorang aktivis.

Antara selebriti antarabangsa yang terasa dengan pemergian Ali ialah rakan baiknya Mike Tyson, orang pertama yang meluahkan kesedihannya melalui Twitter.

Kematian Lagenda Tinju, Muhammad Ali Dirasai Peminat Dan ‘Musuh’

Selain itu ‘musuhnya’ George Foreman, 67, yang pernah berlawan dengan Ali dalam sebuah perlawanan terkenal digelar ‘Rumble in the Jungle’ turut mengakui bahawa Ali seorang yang istimewa.

Kematian Lagenda Tinju, Muhammad Ali Dirasai Peminat Dan ‘Musuh’
GEORGE FOREMAN (KANAN) BERSAMA MUHAMMAD ALI

“Muhammad Ali made you love him, if you dislike him you wanted more than anything to see him again so you could dislike him again,” katanya kepada BBC Five Live.

Turut sama berkongsi kesedihan ialah tokoh agama terkenal, Mufti Ismail Menk yang turut meluahkan rasa kehilangan itu melalui satu tweet berbunyi:

Kematian Muhammad Ali Dirasai Peminat Dan ‘Musuh’


Di Malaysia, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail antara yang berkongsi perasaan kehilangan atas pemergian Ali.

(Baca: TMJ Sedih Atas Pemergian Muhammad Ali)

Selain itu, beberapa ahli politik turut menzahirkan takziah melalui akaun Twitter masing-masing.

Kematian Muhammad Ali Dirasai Peminat Dan ‘Musuh’

Antaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top