0
A+ A-
Sebenarnya banyak ke gaji RM 3,600 di Kuala Lumpur ni? Mesti syok kan kalau saya dapat gaji besar macam tu.

Apa yang saya boleh buat dengan gaji banyak tu? Saya boleh beli kereta, tukar telefon bimbit baru, pergi melancong ke luar negara dan paling penting sekali dengan duit gaji tu saya boleh hidup senang.

Itu dulu lah. Sebelum saya belajar pasal dunia kewangan. Dan bila saya buat bajet perbelanjaan lain pulak jadinya.

Penjelasan Bagaimana Gaji Graduan RM 3,600 Pada 2016 Tidak Cukup

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Melayang RM 350.

Belum sempat buat apa-apa duit gaji dah kena tolak dengan simpanan KWSP sebanyak 10%.

Jumlah: RM350

2. Kereta

Ada skim beli kereta untuk graduan.

Maklumlah dah kerja, takkan tak ada kereta sendiri. Mana nak letak muka.

Bila dah survey kereta, Myvi 1.3 Std G Metallic cantik. Harga pulak sekitar RM 44,000 sahaja.

Dengan skim graduan mungkin ada rezeki dapat pembiayaan 100%. Ingatkan nak ambik 7 tahun, tapi … hmm. Jadi ambil hutang untuk 9 tahun, saya cuma perlu bayar RM527 setiap bulan

Saya anggarkan duit tol untuk sebulan RM 50, duit minyak dalam RM 200, kos penyelenggaraan kereta sekitar RM 100 dan bayar parking sebulan dalam RM 200. Campur semua.

Jumlah: RM 1,077

3. Sewa Rumah / Bilik

Hasrat awal memang nak menyewa rumah.

Tapi survey kos apartment sewa kawasan yang berdekatan Kuala Lumpur paling murah RM 1,200. Tak jadi sewa rumah. Kena sewa bilik. Alhamdulillah. Ada satu bilik sewa yang murah. RM 400 sahaja sebulan.

Jumlah: RM 400

Kenapa Gaji Fresh Graduate RM 3,600 Tahun 2016 Tidak Cukup? Ini Penjelasannya.

4. Makan & Minum

Makanan di kawasan Kuala Lumpur mahal.

Sekali makan boleh cecah RM 10. Tu kalau makan dekat foodcourt. Kalau makan Nandos, Kenny Rogers, Chicken Rice Shop mesti dah lebih RM 10

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Belum campur lagi kalau kawan ajak lepak kedai mamak waktu malam. Kalau sehari belanja makan RM 30 sebulan dah cecah RM 900. Kalau terlebih … ? Hm…

Jumlah: RM 1,000

5. Telefon Bimbit

Zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit.

Mesti pulak mesti yang ada touchscreen dan boleh layari internet dari bangun tidur sampai tidur semula. Jadi kena lah ambil pakej boleh call, sms dan guna internet sekali. Kos boleh mencecah sehingga RM100

Jumlah : RM 100

6. Hujung Minggu

Kalau dah penat kerja, hujung minggu orang bujang mesti nak lepak dengan kawan.

Tiket wayang sahaja RM 15. Belum kira kalau beli air dan popcorn. Kalau tak tengok wayang, mungkin keluar main bowling. Tak pun main futsal. Bersukan pakat kongsi kawan sewa court pun, masih kena bayar.

Jumlah: RM 200

Gaji Fresh Graduate RM 3,600 Tahun 2016 Tidak Cukup

7. Perbelanjaan Peribadi

Keperluan peribadi untuk kegunaan kerja.

Nak kena beli kasut kulit, baju kemeja, jaket, tie, tali pinggang dan banyak lagi. Bila saya survey harga, baju kemeja macam jenama Padini  dah cecah sekitar RM 80 – RM 100 sepasang. Sebab baru kerja, kena lah beli sikit-sikit setiap bulan.

Jumlah: RM100

8. Belanjawan Bulanan

KWSP: RM 350
Kereta: RM 1,077
Sewa Bilik: RM 400
Makan Minum: RM 1,000
Telefon Bimbit: RM100
Bersuka-ria hujung minggu: RM200
Keperluan Peribadi: RM100
Jumlah Perbelanjaan: RM 3, 227
Baki Perbelanjaan: RM 273

Alamak !

Duit baki tinggal RM 273!

Ini saya belum agihkan duit gaji saya untuk takaful diri, takaful kereta, duit belanja untuk mak ayah, duit percutian, duit nak balik kampung dan paling penting duit simpanan kahwin. Eh, lepas kahwin nak kena beli rumah kan ?

Kalau duit gaji RM 3,500 pun tak cukup. Macam mana ya ?

Kalian dapat bantu saya ? Sila berikan pandangan di ruangan komen ya. - Pakdi.net


(Baca: Teknik Pengurusan Gaji Fresh Graduate RM2,500 Agar Mencukupi)

Catat Ulasan Blogger

 
Top