0
A+ A-
Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.

Penjelasan Bagaimana Rokok Beri Kesan Kepada Zakar

Anda boleh menjalani ujian air mani di klinik pakar dan jika mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot atau kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal, mungkin doktor akan memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut atau di luar badan.

Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar akan menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika anda gemuk dan banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).

Merosakkan

Amalan merokok menjadi sebab utama kenapa sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem pembiakan dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Ini adalah fakta yang betul-betul wujud dan serius!!

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan berenang secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk memasuki ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya supaya mudah sampai ke destinasi.

Ini boleh terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai mungkin tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga akan menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang cacat tidak akan dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Merokok menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok

Dinasihatkan agar berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan.

Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri.

Jika anda mengalami masalah kesuburan, disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Catat Ulasan Blogger

 
Top