0
A+ A-
Wanita, apabila jatuh cinta rasanya seperti pertama kali mengikuti kelas gym. Menyakitkan tapi banyak hal-hal luar biasa yang rasanya sukar untuk diungkapkan.

Tak ramai yang memahami mengapa wanita sebegitu, kerana hanya segelintir mereka yang memahami.

Cinta menjadi perasaan aneh yang membuat wanita boleh tersenyum sepanjang hari sehingga membuat mereka kelihatan seperti orang gila. Betul bukan? Berikut hal tentang cinta yang hanya dirasakan oleh wanita.

Perubahan Pada Wanita Apabila Sedang Dilamun Cinta

1. Berubah memandang kebahagiaan

Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah menonton drama/filem dengan pasangannya.

2. Asyik menyebut nama kekasih

Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.

3. Cemas bila terpisah dari kekasih

Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.

4. Tidak memahami kenapa orang lain tidak optimistik

Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top