0
A+ A-
JIKA hendak, terdapat bermacam-macam cara melakukan kebaikan kepada orang lain apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh berkat ini. 

Seorang remaja yang rajin mengunjungi Masjid Al Shariff, Gombak ini adalah contoh terbaik. 

Tanpa disuruh sesiapa pun remaja ini dikatakan rajin menyusun selipar para jemaah yang berselerak di koridor masjid hingga kemas jadinya, sekaligus memudahkan jemaah mencari dan menyarung selipar masing-masing ketika mahu pulang

Rajin Susun Selipar Jemaah Di Masjid, Aksi Insan Misteri Itu Berjaya Dirakam

Keadaan selipar yang kemas selepas disusun seorang remaja tak dikenali di Masjid Al Shariff, Gombak. 

Menerusi satu rakaman video dimuat naik pengguna Facebook Putera Rawi, remaja ini kelihatan gigih menyusun selipar ketika jemaah lain berada di dalam masjid untuk mendengar ceramah. 

Inilah Insan Misteri Yang Gigih Susun Selipar Jemaah Di Masjid

Mungkin ramai tak terfikir namun remaja ini amat bertuah kerana dalam sekian ramai yang hadir, hanya dia yang diilhamkan untuk tidak hanya mengutip pahala dengar ceramah tetapi juga melakukan perbuatan mulia lain yang pasti dicatit Malaikat Raqib. 

Semoga kita juga diberikan hidayah oleh Allah untuk berbuat jasa sesama manusia meskipun dengan cara yang kecil dan tidak diketahui sesiapa. 

Tonton video Inilah Insan Misteri Yang Gigih Susun Selipar Jemaah Di Masjid di bawah.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top