0
A+ A-
Pelakon dan penyanyi rock popular, Awie tidak menjenguk dua anaknya yang di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun, 38, selepas menganggap rumah bekas isterinya itu di Ukay Perdana, Hulu Klang sebagai ‘berpuaka’.

Keterangan tersebut diberikan oleh Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, di hadapan Hakim Syarie Che Saupi Che Husin dalam perbicaraan kes nafkah anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Rumah Rozana ‘Berpuaka’, Awie Takut Nak Datang

Ketika ditanya peguam yang mewakili Rozana, Mohd. Nor Apandi Dahari dalam sesi soal balas telah mempersoalkan mengapa Awie tidak cuba menjenguk anak­nya dan Awie yang kelihatan tenang menjawab sambil diperhatikan peguamnya, Mohd. Syafiq Norizan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menjenguk anaknya kerana tidak pasti lokasi mereka dan percaya Rozana telah membawa kedua-dua anaknya itu tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci.

Ujarnya lagi, rumah yang dihuni oleh Rozana sebelum ini juga tidak dikunjungi kerana beranggapan rumah tersebut ‘berpuaka’ ekoran tidak seorang ahli keluarga bekas isterinya itu menyukai beliau.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top