0
A+ A-
PENGANJUR konsert Search 35 Tahun, Af Jets SDN BHD telah menuntut saman ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta dan memberikan tempoh 14 hari kepada Search untuk memohon maaf secara terbuka kerana mendakwa AF Jets tidak bersikap profesional. 

Susulan itu pemain drum kumpulan tersebut, Yazit tampil menjelaskan statusnya dalam isu berkenaan. 

Menurut Yazit, namanya telah dikeluarkan daripada perjanjian MU dan dia membuat keputusan tidak mahu terlibat dalam isu yang timbul lapor Mynewshub.

Search Kena Saman Penganjur, Yazit Tak Terlibat

“Saman itu merupakan keputusan pihak AF Jets dan saya tidak mahu campur kerana saya sudah diketepikan sejak awal. Jadi saya tidak tahu apa perlu dilakukan. 

“Saya sudah menghubungi AF Jets dan mereka kata saya tidak mempunyai masalah. Hanya empat ahli lain yang bermasalah kerana mereka yang menandatangani cek dan persefahaman MOU. 

“Membatalkan konsert itu bukan tindakan profesional. Mereka terlampau mengikut hati dan mereka sendiri dalam masalah. Kalau mereka kata AF Jets tidak profesional, tanya mereka sendiri adakah mereka profesional. Belum konsert, duit sudah ambil,” katanya kepada Project MMO. 

Dalam sidang media yang diadakan, AF Jets telah menafikan segala tuduhan yang dikatakan fitnah kepada pihaknya dan mendakwa Search telah menlanggar perjanjian MOU selepas membatalkan konsert secara tidak sah.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top