0
A+ A-
Sesiapa yang duduk sekolah asrama tentu pernah dengar Spirit Of The Coin dan mungkin ada yang pernah mengalami sendiri pengalamn bermain dengan permainana ini. Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of The Coin.

“Spirit of the coin” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Mungkin pada masa sekarang ini ada juga orang yang masih lagi bermain permainan ini. Pada zaman persekolahan , selalunya pelajar yang tidak pulang ke kampung terutama yang tinggal di asrama akan bermain permainan ini, itu adalah sebagai mengisi masa lapang bagi pelajar sekolah yang tamat peperiksaan akhir mereka.

Sejarah Permainan “Spirit of The Coin”

Selalunya kebanyakan pelajar sekolah ini akan melakukan aktiviti ini di kubur-kubur cina, kawasan yang terpencil dan blok-blok lama sekolah yang tidak lagi berpenghuni, disitu mereka akan merasakan suasana yang sunyi dan jika nasib mereka baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk yang lain disitu. Jika nasib tidak baik, bersedialah untuk perkara yang tidak diduga.

Apa itu permainan “spirit of the coin” sebenarnya ?

Asal Usul Permainan “Spirit of The Coin”

Sebenarnya “Spirit of the coin” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :

  • Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
  • Mengetahui kedudukan roh.
  • Berkomunikasi dengan roh.
  • Minta bantuan secara ghaib
  • Mencari barang / orang yang hilang.
  • Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
  • Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.


“Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap.”

Apa yang berlaku dalam ritual “spirit of the coin” ?

Setelah lengkap papan atau kertas ” Ouija ” yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , “Yes”, “No”, “Home” dan “Good Bye”.

Pemain boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh “hadirkan” dirinya , Pemain yang terlibat perlu bertanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang mereka inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang sebenar, mereka boleh mula bertanya apa yang di inginkan atau berbual dengannya.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita adalah terhad . Orang yang pakar dalam seni keroahnian seperti Yoga , Meditasi dan pengamal ilmu agama dapat merasai kehadiran mereka.

Mengikut sesetengah kepercayaan, semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Mungkin kerana itulah mereka tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain “spirit of the coin” , dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan seseorang itu dan menjawab soalannya yang diajukan oleh pemain yang lain dan ia akan keluar selepas proses tersebut selesai. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ‘permainan’ ini dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.

Asal Usul Permainan “Spirit of The Coin”

Kadang kala dalam beberapa kes(mengikut kepercayaan mereka) roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki kedalam ritual ini dan ‘berlakon’ seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekori pemain tersebut dan mengganggunya seumur hidup.

Mengikut kerpercayaan mereka lagi:

Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan “Spirit of the Coin” hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top