0
A+ A-
With the most patient man ever... 

Dulu sebelum kami berkahwin, ramai yang bertanya kenapa nak kahwin awal? Tak reti habis belajar ke? Gatal sangat ke? Tambahan, dia tidak mempunyai apa-apa pada waktu itu. Tiada kereta, motosikal pun tak ada semasa kami berkahwin. 

Kenapa? Kenapa? Kenapa? 

Jawapannya sebab saya sudah jumpa seorang lelaki yang sangat penyabar melayan karenah saya. Jadi, tak bolehlah lepaskan dia kan? Kah! Kah! Kah! 

Tersewa Rumah Hantu, Pasangan Baru Berkahwin Kongsi Kisah Seram

ENGGAN BEBANKAN IBU BAPA 

Bayangkan penyabar dia itu, bagi nafkah tetapi dia pun tak makan tengah hari sewaktu mula-mula berkahwin. Dulu selepas berkahwin, kitorang tidur di atas selimut sahaja. Tak ada pun bising-bising sedangkan dia pun sakit. Dalam beberapa bulan juga begitu sebab masa itu malu nak minta tolong mak ayah. 

PELIK RUMAH SEWA MURAH SANGAT 

Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur. Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang tak pernah tinggal lama di rumah itu. Yela, murah kot? 

Rupa-rupanya rumah kami itu adalah bekas rumah bomoh. Jadi faham-faham sajalah, haha! Kemudian jiran sendiri yang mengaku rumah itu ada dihuni oleh 'sesuatu'. Pernah ada kejadian berlaku ketika saya sedang mengaji, songkok Syammil tiba-tiba terjatuh. Tak tahulah sama ada disebabkan oleh angin atau apa. 

Menurut jiran, ada hantu perempuan selalu menangis di depan rumah saya. Penghuni yang sebelum ini pun pernah juga terjumpa tetapi kami tak pernah pula terjumpa apa-apa. 

Sewaktu belajar dulu, saya tinggal di Shah Alam. Syammil duduk seorang diri. Kitorang husband and wife weekend gitu. Dia sampai nampak pocong masa duduk seorang-seorang tengah malam. Depan rumah lagi. Esoknya terus demam. Kasihan Syammil. Yang penting nak dekat dua tahun juga kitorang tinggal di rumah itu dan jiran pun kata kamilah yang paling lama menyewa. Hahaha! 

Alhamdulillah sekarang saya dah bekerja dan kami juga sudah berpindah ke rumah lain. Semoga abang terus sabar melayan karenah saya yang gila-gila ini ye. Okay, penat puji. 23 haribulan, harijadi. Nak hadiah... hahaha! - Farah Hasunah Radzi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top