0
A+ A-
KUALA LUMPUR, 16 Jun ― Individu yang memulakan dakwaan yang mempersoalkan status halal produk McDonald's Malaysia telah pun membuat permohonan maaf dan meminta maaf kerana menyebarkan dakwaan tersebut.

McDonald's Malaysia membuat pendedahan tersebut menerusi satu kenyataan di laman web rasminya yang disertakan sekali surat yang dikatakan dari wanita berkenaan.

Bagaimanapun, identiti wanita itu tidak didedahkan.

Wanita Fitnah McDonald's Malaysia Akhirnya Mohon Maaf

"Lanjutan daripada isu ini, kami juga ingin memaklumkan bahawa kami telah menghubungi individu yang memulakan dakwaan ini, dan beliau telah mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf atas tindakan beliau dalam menyebarkan dakwaan ini.Pihak McDonald’s telah meminta agar beliau mengambil iktibar daripada kesilapan ini dan mengamalkan sikap lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya.

"Di sini, dipaparkan surat permohonan maaf yang ditandatangani oleh individu ini. Bagi melindungi identiti beliau, butiran peribadi individu ini tidak didedahkan. ", tulis McDonald's Malaysia.

Di dalam surat yang dilampirkan itu, penulis surat terbabit berkata : "Dengan ini saya dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada pihak McDonalds Malaysia, kerana telah membuat dakwaan-dakwaan yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk McDonald's di Malaysia."

Permohonan Maaf Wanita Selepas Fitnah McDonald's Malaysia

Menurut McDonalds, pada pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk “Quarter Pounder with Cheese”.

“Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami,” kata kenyataan itu.

Ia berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald's Malaysia.

Catat Ulasan Blogger

 
Top