0
A+ A-
Polewali, Indonesia: Seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak dua bulan lalu terkejut apabila dia tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi baru-baru ini.

Wanita terbabit, Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan disini.

Bagaimanapun, pada 7 Mei, Annisa tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi perempuan di sebuah pusat perubatan.

Menurut Annisa, selepas dia melahirkan bayi pertamanya, dia kembali bekerja seperti biasa iaitu dengan mengambil upah mencuci pinggan dan menjual kuih.

Wanita Terkejut Lahirkan 2 Anak Dalam Tempoh 2 Bulan

“Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak,” katanya.

Annisa berkata, anak keduanya dilahirkan di rumah dengan bantuan seorang bidan kampung kerana tidak sempat ke hospital.

“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.

“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.

Pakar di Hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr. Zulfatma berkata apa yang berlaku kepada Anisa tidak mustahil dan sangat jarang berlaku.

“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top