0
A+ A-
Korea semakin menjadi tarikan utama pelancong yang mahu bercuti ke luar negara. Pengaruh Kpop dan Korean Drama berjaya menarik jutaan pelancong untuk ke Korea. Tak dinafikan, sepanjang menetap di Korea sejak 2008, team Lurima Travel sangat mengakui bahawa Korea sebuah negara yang cantik untuk dilawati. Kemudahan dan sistem bandar di Korea yang teratur dan sentiasa dinaik taraf membuatkan pelancong selesa untuk travel di sini.

10 Perkara Percuma Yang Boleh Buat Di Korea

Cuma, sejak beberapa tahun ini, keadaan ekonomi tidak menentu. Kos bercuti ke Koreasemakin hari semakin meningkat. Kita harus bijak menyusun bajet percutian supaya tidak ada masalah kemudian hari. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Korea secara percuma atau free. Menerusi Team Lurima Travel, kami kongsikan tips ini supaya anda dapat jimatkan kos percutian ke Korea.

1. Bucheon Hanok Village

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Untuk bersiar-siar melihat perkampungan hanok ini adalah Free. Tiada kos dikenakan. Kita bebas untuk berjalan sekeliling kawasan kampung dan bergambar dihadapan rumah hanok disini tanpa dikenakan bayaran oleh penduduk. Pelancong dinasihati untuk menjaga suara tidak terlalu bising bagi menghormati penduduk di sini kerana setiap rumah disini berpenghuni. Perkara paling penting adalah menjaga kebersihan. Biasalah kan, perlu jaga adab bila masuk ke tempat orang.

2. Hangel Experience at Sejong Museum

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Ramai yang tidak tahu, dibawah jalan raya dan dataran Gwanghwamun, ada sebuah museum yang menceritakan tentang King Sejong, Raja Korea yang mencipta tulisan Korean dipanggil Hangel. Di muzium ini, pelancong dapat belajar dan menulis nama sendiri dalam tulisan Hangel di atas sebuah kertas khas kemudian boleh dibawa pulang sebagai souviner tanpa perlu bayar kepada pihak muzium.

3. Changing guard ceremony di Gyeongbuk Palace

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Upacara perbarisan pertukaran pengawal istana diadakan setiap hari kecuali hari Selasa di istana Gyeongbuk dan Doksugung. Pelancong yang datang ke sini sentiasa menunggu untuk melihat show dihadapan istana kerana ianya percuma. Selain itu, kita dapat bergambar bersama pengawal istana yang lengkap berpakaian pengawal ketika dinasti Joseon.

4. Free Hanbok experience at Seoul Global Culture Center

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Pernah tak anda tengok drama Korea, gadis Korea sangat cantik dan sweet memakai pakaian tradtional Korean yang dipanggil Hanbok? Anda pun boleh mencubanya di Seoul Global Culture Center yang terletak di bangunan M plaza Myeongdong. Yes, Free of charge. Tapi anda perlu buat tempahan supaya tidak menunggu lama kerana sangat ramai pelancong dari serata dunia ingin mencubanya.

Selain di Myeongdong, free hanbok experience terdapat di Doksugung Palace. Memakan pakaian Hanbok di kawasan istana ini lebih seronok. Kita dapat bergambar berlatar belakangkan bangunan istana sambil posing ala-ala gadis sunti Korea di zaman purba Korea.

5. Locks of love at Seoul Namsan Tower

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Seoul tower antara lokasi pengambaran banyak drama Korea popular kerana pemandangan kawasan ini yang sangat cantik dan romantik. Disebabkan itu, ramai pasangan yang ‘mengunci’ cinta mereka di pagar di bawah Seoul Tower ini sehinggakan kawasan ini dipanggil Locks of love. Masuk adalah percuma. Jika anda ingin jimat duit untuk melihat pemandangan bandar Seoul, tak perlu naik ke menara, pergi sahaja ke platform yang disediakan di kawasan locks of love dan anda dapat menikmati pemandangan seluruh bandaraya Seoul dari puncak bukit Namsan.

6. Bangunan University Western Style di Ehwa Womans University

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Ehwa Womans University merupakan university khas untuk pelajar perempuan yang paling terkenal di Seoul. Lokasinya yang terletak di dalam bandar serta seni bina bangunan universiti ini yang ala-ala western country menarik pengunjung untuk datang melawat hanya untuk bergambar. University ini juga dijadikan lokasi pengambaran drama dan Korean variety show seperti Runningman.

Disebabkan universito ini sentiasa  menerima pelawat, ia dibuka kepada pelancong untuk masuk ke dalam kawasan universiti ini untuk bergambar. Sangat cantik pemandangan di kawasan ini terutamanya pada musim bunga. Cuma, pelawat dilarang untuk masuk ke kawasan-kawasan tertentu kerana dikhuatiri menganggu aktiviti pelajar di sini.

7. Cherry blossom festival di Yoido Park dan Seokchon Lake

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Tidak seperti festival-festival yang lain, cherry blossom festival di Korea tidak mengenakan sebarang bayaran untuk tiket masuk. Kita boleh masuk ke kawasan festival yang sering diadakan terutamanya di Yoido Park sebuah taman yang paling besar dan cantik di Seoul. Festival ini hanya berlangsung sekali setahun dan selalunya diadakan pada awal bulan April. Selain Yoido Park, pelancong boleh menikmati pemandangan cherry blossom atau sakura di Seokchon Lake, Seoul.

8. Korea War Memorial

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Sebelum Korea Selatan menjadi sebuah negara yang maju seperti sekarang, mereka menghadapi beberapa siri peperangan antara Jepun dan Korea Utara. Bagi yang minat dan suka sejarah perang, boleh datang ke sini. Di Korea War Memorial, terdapat kenderaan perang yang digunakan ketika perang dahulu seperti kapal laut, jet pejuang perang dan kereta kebal. Kita juga dapat tengok senjata-senjata yang digunakan ketika perang dahulu sambil diterangkan sejarah bagaimana perang Korea berlaku.

Terdapat juga sebuah monumen Bom Nuklear besar di kawasan memorial ini sebagai tugu peringatan Korean War dahulu. Korea War memorial ini terletak di daerah Yongsan, station subway terdekat adalah di Samgakji Station line 4.

9. Dongdaemun Design Plaza

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Jika anda ke Dongdaemun, pasti akan terlihat sebuah bangunan pelik yang designnya seolah-olah sebuah UFO. Bangunan ini dipanggil Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang menempatkan kedai-kedai, galeri seni dan dewan exhibition untuk event-event tertentu.

Menariknya di DDP, ada sebuah taman bunga yang dipanggil LED rose garden. Taman bunga yang tiada bunga ini sangat special kerana lampu LED dibentuk menjadi bunga rose dan ditaman menjadi sebuah taman. Pemandangan sangat cantik pada waktu senja.

10. Free culture experience at Incheon International Airport

10 Perkara Free Yang Anda Boleh Lakukan Di Korea

Patutlah Incheon Airport ini sentiasa dalam list International Airport terbaik dunia kerana macam-macam aktiviti diadakan di dalam airport ini. Sebelum pulang, singgah ke Korea Traditional Culture Experience Center di departure building. Di sini, kita diajar buat kraftangan Korea sendiri seperti keychain dan topeng secara percuma kemudian boleh bawa balik kraftangan tersebut.

Bagi yang tak sempat nak cuba hanbok experience, boleh pakai hanbok secara free di sini. Atleast dapat juga bergambar kenangan memakai pakaian Korea sebelum pulang ke tanah air.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top