0
A+ A-
Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Oleh, kerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Aircond Kereta Masih Tidak Sejuk Selepas Diservis

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil. Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Punca Sebenar Aircond Kereta Masih Tidak Sejuk Selepas Diservis

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil. Kebocoran pada sirip-sirip halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula. Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.

Sebab Aircond Kereta Masih Tidak Sejuk Selepas Diservis

Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor. Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.

Punca Aircond Kereta Masih Tidak Sejuk Selepas Diservis

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-

  • mengeluarkan cooling coil untuk dicuci
  • menukar injap aircond
  • memeriksa hose dan tukar jika bocor
  • menampal bocor pada kondenser
  • mengisi minyak kompressor
  • mengetatkan getah talisawat kompressor
  • menukar sensor suhu jika perlu
  • tukar tabung gas
  • memastikan kipas aircond berpusing lancar


Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada compressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.

Penyelesaian Aircond Kereta Masih Tidak Sejuk Selepas Diservis

Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan. Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada condenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.

Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top