0
A+ A-
1. Produk domestik nasional Turki pada tahun 2013 mencapai 100 bilion Dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10% setahun, yang bererti masuknya Turki ke senarai 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport Antarabangsa Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap hari, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

Erdogan Buat Turki Dicemburui Seluruh Dunia

5. Turkish Airlines meraih penerbangan terbaik dunia selama 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di zaman moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa pengawal, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169,000 kelas baru yang moden, sehingga kadar pelajar dalam setiap kelas tidak lebih 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropah dan Amerika menaikkan yuran kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuskan seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadikannya tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11,000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah dalam menuju tahun 2023.

12. Di antara kejayaan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan pertikaian dua bahagian Cyprus. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa.

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesihatan mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama dengan gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan database moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47 B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0 B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak 100 B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum pulang ke Turki: “Memalukan apabila kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza…”

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama isterinya yang mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang mendapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al-Quran dan Hadis di sekolah-sekolah negeri, setelah selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim..” Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dan dengan penuh bangga anak-anak tersebut bersolat jamaah dan menghafal Al-Quran.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top