0
A+ A-
Isteri pertama Dato Seri Adnan Abu, Datin Syarifah Norshafila Hassim atau Datin Red, berkata, beliau sudah lali dan enggan mengambil pusing mengenai tindakan suaminya itu.

“Apa yang berlaku di luar sana, biarlah dia selesaikan, dia yang mula mencari masalah. Mengapa saya perlu peningkan kepala memikirkan masalah dia? Saya tidak tahu tentang orang luar mengecam atau marah dia tetapi apa yang pasti, hubungan saya dengan dia tetap bahagia. Cukuplah saya kata yang saya sudah lali, sebab sudah masak benar dengan perangainya.

“Saya percaya pada jodoh. Selagi ada jodoh, saya akan bersama dia. Soal bermadu, macam mana hancur hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Datin Red Kata Baru Adira Rasa Apa Yang Dia Rasa

Jelas Datin Red, selagi Adnan sebagai suaminya, beliau akan pastikan dirinya menjadi isteri yang baik bagi suaminya itu.

Datin Red berkata, mereka telah berkahwin pada usia yang agak muda di mana pada waktu itu dia berusia 19 tahun. Ketika itu kehidupannya sangat bahagia bersama suami yang mungkin disebabkan kehadiran anak-anak. Suaminya pada ketika itu hanya bekerja sebagai pemandu lori sebelum perniagaannya mula berjaya dan berkembang maju sejak tiga tahun lalu.

Meskipun kelihatan tenang berdepan dengan krisis rumah tangga yang beberapa kali telah melanda, Datin Red mengakui hatinya juga dulu pernah hancur melihat suaminya berkahwin dengan Adira secara senyap-senyap di Songkla, Thailand, 3 Disember 2015.

Dalam kenyataan terbaru Ruhainies kepada Kosmo!, beliau menegaskan bahawa dia sama sekali tidak sudi menjadi isteri ketiga kepada lelaki yang sudah mempunyai dua orang isteri.

“Tiada sekelumit perasaan sukakan dia. Saya berkawan dengannya atas dasar kerja dan profesional kerana seperti yang saya katakan, kami memang sudah kenal sebelum ini.

“Jika pada masa akan datang pun saya tidak akan menolak untuk bekerjasama dengannya kalau ia hanya bersandar pada profesional dan kerja serta andai ia tidak mendatangkan mudarat kepada saya,” katanya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top