0
A+ A-
Kematian merupakan suatu perkara yang pasti akan ditempuhi oleh setiap manusia dan kematian, bukanlah suatu perkara yang boleh ditangguhkan atau dipercepatkan kejadiaannya.

Beberapa keping gambar yang dipaparkan di bawah telah menjadi popular di serata dunia dalam sekelip mata kerana ianya dirakamkan oleh individu-individu tersebut sebelum kematian mereka.

Gambar Terakhir Selebriti Terkenal Sebelum Meninggal Dunia Yang Menggemparkan Dunia

1. Puteri Diana

Foto Terakhir Selebriti Popular Sebelum Meninggal Dunia Yang Mengejutkan Dunia

Dikatakan foto ini merupakan foto terakhir beliau dan di ambil oleh seorang wartawan pada 31 Ogos 1997 pada jam 12.20 am…..dorang kata nih foto terakhir sebelum beliau kemalangan dan meragut nyawa beliau pada hari yang sama

2. Steve Jobs

Gambar Terakhir Selebriti Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Steve Jobs kelihatan tenat dan kurus kerana kanser pankreas yang di hadapinya..kondisi beliau sangat uzur sehingga beliau terpaksa di papah untuk bergerak dan ini merupakan gambar terakhir beliau sebelum meninggal beberapa hari kemudian..

3. Wiley – Will Roger

Gambar Terakhir Selebriti Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Wiley post merupakan seorang perintis pertama dalam penerbangan solo di seluruh dunia dan rakan karibnya iaitu Will Roger, seorang komedian dan komentator sosial terkenal telah menyertai penerbangan bersama-sama…foto Will Rogers yang mengenakan pakaian bertopi dan bertali leher sedang berdiri di atas sayap pesawat telah di ambil pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas ke sebuah pulau berdekatan Point Borrow di Alaska…tetapi selepas berlepas ke laut, enjin mereka tiba2 gagal berfungsi, kemudian jatuh ke laut dan membunuh kedua-duanya…

4. Elvis Presley

Gambar Terakhir Selebriti Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Foto ini di ambil pada 16 Ogos 1977 pada jam 12.28am di mana dia di lihat keluar pada waktu malam menuju ke kediamannya di Grace Land pada jam 3.30 pm pada hari yang yang sama, beliau ditemui mati di dalam tub mandi oleh pembantunya, Ginger Alden dan di hantar ke Baptist Memorial Hospital tetapi tidak dapat diselamatkan dan beliau dikatakan mati disebabkan pengambilan dadah berlebihan dan mengalami alergi terhadap ubat

5. Mahatma Gandhi

Gambar Terakhir Selebriti Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Mahatma Gandhi merupakan tokoh kemanusiaan dan keamanan dari India, jika di lihat dari foto, lelaki yang menjadi pembunuh Gandhi berdiri di hadapannya. Pembunuh tersebut menembak tiga peluru dari pistol Beretta 9 mm ke dada Gandhi ketika beliau dalam perjalanan untuk berdoa di kuil bersama Nathuram Godse. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera.
Momen tragis yang menjadi akhir hidup Gandhi ini dimasukkan dalam filem biografi berjudul Ghandi (1982) sebagai adegan pembuka. Dalam filem tersebut Gandhi dilakonkan oleh Ben Kingsley.

6. Albert Einstein

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Gambar tersebut merupakan foto terakhir Albert Einstein yang di ambil pada Mac 1955 dan foto ini berkemungkinan di ambil di kawasan perumahannya di Princeton, New Jersey…sebulan selepas itu, beliau mengalami pendarahan dalaman pada 17 April 1955 dan pada ketika itu beliau sedang bersedia bagi menghadiri Ulang tahun “Commemorating the State of Israel`s Seventh Anniversary” bersamanya…namun hayat beliau tidak panjang dan beliau meninggal keesokkannya ketika berusia 76 tahun.

7. Pasangan John dan Jackie Knill

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Mayat kedua pasangan asal Kanada tersebut ditemukan di pantai Thailand pada 13 Januari 2005, mereka berdua adalah di antara korban Tsunami yang terjadi pada 26 Disember 2004, seminggu kemudian petugas Seattle Amaerika yang sedang menjalankan penyiasatan terhadap korban Tsunami menjumpai sebuah kamera digital yang sudah rosak dan menyimpan kad memori, setelah membuka gambar yang ada di dalam memori tersebut, petugas tersebut melihat gambar-gambar mereka berdua dan gambar terakhir yang diambil dari kamera tersebut memperlihatkan ombak yang sangat besar sebelum menghentam mereka berdua pada 26 Disember.

8. Adolf Hitler

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Gambar di atas ini diambil pada 28 April 1945, masa tidak diketahui. 2 hari kemudian dia ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, dan dipercayai membunuh diri akibat kalah dalam perperangan di mana prinsip beliau iaitu sanggup membunuh diri daripada menyerah kalah atau mati di tangan musuh.

9. John Lennon

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Seperti mana yang dapat di lihat, Gambar terakhir John Lennon ini secara tak sengaja di ambil sekali bersama pembunuh Lennon, iaitu Mark David Chapman. Lelaki di sebelahnya itu merupakan orang yang menembak Lennon (Ahli kumpulan The Beatles), dia di lihat meminta tandatangan Lennon, hanya selang beberapa jam kemudian, Lennon akhirnya ditembak dan mati.

10. Jurnalis WTC

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Bill Biggart merupakan seorang Foto- Jurnalis yang membawa berita semasa perihal insiden WTC dan beliau meninggal sejurus menara kedua WTC runtuh…mayat Bill di temui selepas 4 hari di dalam runtuhan WTC tersebut dan barang2 beliau termasuk kamera turut di jumapi dan di serahkan kepada isteri beliau, tetapi isteri beliau telah memberikan kamera peninggalan suaminya kepada rakan karib beliau, rakannya meniliti kamera tersebut dan mendapati kad memorinya masih dalam keadaan baik…terdapat 150 keping gambar di dalam kad memori itu dan gambar diatas merupakan gambar terakhir yang di ambil pada jam 10:28 am dan 24 saat sebelum menara kedua runtuh pada jam 10.30 am.

11. Lee Harvey Oswald

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Merupakan pembunuh kepada Presiden AS, John F Kennedy setelah di siasat oleh 5 agensi siasatan rasmi dan dia di bunuh dengan jarak dekat oleh Jack Ruby pada 24 November 1963 dan gambar di atas di ambil secara tidak sengaja ketika dia di bawa keluar untuk perbicaraan

12. John F. Kennedy

Gambar Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

JFK merupakan presiden AS yang ke 5 dan beliau di bunuh di Dealey Plaza, Dallas pada jam 12.30 tengah hari oleh Lee Harvey Oswald pada 22 November 1963…dan pembunuhnya telah dibunuh oleh Jack Ruby sebelum sempat perbicaraan…walaupun begitu, terdapat banyak persoalan dan kajian teori konspirasi muncul selepas itu di mana tindakan ini adalah untuk menyembunyikan sesuatu…

13. Steve Irwin

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Steve Irwin seperti yang kita tahu, beliau meninggal di sebabkan sengatan ikan pari ketika beliau sedang membuat penggambaran di dalam laut untuk rancangan Crocodile Hunters pada tahun 2006…Foto ini adalah foto terakhir beliau di mana beliau bergambar bersama ahli biologi marin, Chris Jones di atas botnya 2 hari sebelum dia meninggal.

14. Inejiro Anasuma

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Anasuma merupakan ahli politik Jepun dan merupakan ahli politik Sosialis Jepun…beliau menyokong konsep Parti Komunisme China dan sosialisme…beliau di bunuh oleh Otoya Yamaguchi pada 12 Oktober 1960…pembunuhnya, Otoya baru berusia 17 tahun dan telah membunuh diri di dalam penjara selepas seminggu membunuh Anasuma…dia sempat mengikrar taat setia kepada Maharaja Jepun melalui tulisannya di dinding penjara…

15. Amy Jade Winehouse

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Gambar ini diambil pada 20 July 2011 oleh Dionne Bromfield, dan Amy meninggal pada 23 July 2011 jam 3.54 Pm kerana keracunan alkohol.

16. Tan Sri P. Ramlee

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Gambar ini dikatakan di ambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 29 April 1973. Beliau meninggal akibat serangan jantung, untuk memperingati jasa beliau dalam industri filem Negara Malaysia, beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM) oleh yang dipertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.

17. Nicolae Ceausescu

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Ceausescu merupakan seorang pemimpin ahli Parti Komunis Romania dan merupakan ketua setiausaha Parti dari tahun 1965 hingga 1989…beliau merupakan pemimpin terakhir parti komunis Romania dan foto ini menyaksikan beliau di tembak mati bersama isterinya oleh pasukan tentera pada 25 Disember 1989…

18. Park Chung Hee

Foto Terakhir Manusia Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Park merupakan salah seorang presiden Korea…beliau di tembak oleh Kim Jae-kyu pada 25 Oktober 1979 di bangunan Agensi Risikan Korea (RCIA) sewaktu makan malam di dalam kediaman rasminya, Blue House…Park di tembak di dada dan kepala dan mati serta merta…gambar di atas merupakan gambar Kim Jae Kyu menembak kepala Park sekali lagi selepas membunuhnya…

19. Jimi Hendrix

Gambar Terakhir Orang Terkenal Sebelum Meninggal Dunia


Gambar ini di ambil secara tidak sengaja oleh Teman Wanita nya ketika beliau sedang memegang Gitar elektrik kegemarannya yang di beri nama Black Betty. Jimi Hendrix merupakan pemain gitar lagenda dunia yang sangat terkenal pada era 60an. Foto ini merupakan foto terakhir beliau sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas itu…punca kematiannya masih tidak di ketahui dan doktor menyatakan kemungkinan beliau mati lemas atau di bunuh secara melemaskannya.

20. Freddy Mercury

Gambar Terakhir Orang Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Foto terakhir dari vokalis band legenda Queen, Freddy Mercury siapa yang menyangka bahawa diambil bukan ketika di atas pentas. Freddy terlihat rapi di taman depan rumah. Foto ini nampak cerah meski sebenarnya Freddy kelihatan pucat.Ini diambil tepat di tahun 1991 sebelum Freddy meninggal kerana komplikasi pneumonia dan juga AIDS.

21. Heath Ledger

Foto Terakhir Orang Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Heath Ledger merupakan pelakon dan juga pengarah filem yang di lahirkan di Australia. Gambar di atas merupakan gambar terakhir Heath Ledger sebelum beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 jam 3:36 pm. Punca kematian beliau adalah kerana pemakanan ubat tanpa perskipsi yang betul.

Sebulan kemudian pada 17 April, 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman disebabkan oleh the rupture aneurisme aortic.

22. Marylin Monroe

Foto Terakhir Orang Terkenal Sebelum Meninggal Dunia

Foto ini diambil pada saat Marylin Monroe bersama Frank Sinatra dan pemain piano jazz Buddy Greco. Mereka menghabiskan hujung minggu bersama. Monroe menikmati saat-saat akhir minggu tersebut dengan riang seperti yang ditunjukkan melalui foto ini…Sayangnya beberapa hari kemudian, tepat pada 5 Ogos 1962, pelakon seksi yang menjadi fenomena dunia ini ditemui mati di sebuah bilik hotel akibat overdos ubat terlarang.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top