0
A+ A-
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.

Buka akaun simpanan untuk anak-anak. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah, terus menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank mereka.

Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah lapor Pixelpefext.

Ibu Bapa Haram Guna Duit Raya Anak

Ya, memang mereka masih kecil lagi, tak boleh guna duit banyak-banyak dan mereka tak tahu menggunakannya dengan bijak. Ibu bapa bantulah mereka menyimpan duit raya di akaun simpanan mereka. Bila dewasa kelak, bolehlah mereka gunakan duit simpanan itu untuk pendidikan, beli barang keperluan sekolah dan lain-lain.

Kita nak duit, kita kena cari sendiri. Jangan bedal duit anak. Ingat tu.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.

“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.

“Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik.

“Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.

Tonton video Penjelasan Kenapa Haram Guna Duit Raya Anak di bawah.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top