1
A+ A-
Alangkah indahnya jika terdapat jawatan kosong seperti ini di Malaysia, confirm ramai yang apply nak dapatkannya.

Dalam laman sesawang Istana Buckingham, telah tersiar iklan jawatan kosong sebagai pencuci pinggan khas dengan gaji tahunan sebanyak 16,755 Pound Sterling (RM73,000) setahun lapor Malaysiaviralstory.com.

Jawatan Kosong Kerja Di Istana Bergaji RM 73,000

Bukan itu sahaja, sekiranya sah diambil bekerja, pihak istana akan menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam kepada pemohon dan dibenarkan tinggal di Istana Buckingham.

Sekiranya menerima arahan daripada pihak istana, dia juga perlu masuk ke istana lain milik kerabat raja England seperti Windsor Castle dan Balmoral untuk melakukan kerja mencuci.

Gaji Sebanyak RM 73,000 Ditawarkan Untuk Kerja Di Istana
Istana Buckingham.

Walaupun kerjanya hanya cuci pinggan, kebajikan yang disediakan cukup menarik. Selain disediakan makan dan tempat tinggal, tempoh kerja hanyalah lima hari seminggu, layak diberikan 33 hari cuti tahunan dan mempunyai skim persaraan.

Manakala syarat-syarat lain yang diperlukan ialah pemohon perlu mempunyai semangat berpasukan, perlu tepati masa, boleh dipercayai, minat dengan kariernya, sanggup bekerja keras dan bersifat agresif.

Dalam iklan tersebut, pihak istana tidak menetapkan pemohon sama ada memiliki pengalaman atau tidak tetapi perlu menjalani latihan yang bakal disediakan dalam istana.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

  1. Gaji tinggi pastu makan free pulak tu.. fuhhh

    BalasPadam

 
Top