0
A+ A-
Mindset & mindmad

  • Bila Nealofa jual tudung semua beratur beli
  • Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli
  • Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli
  • Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli
  • Bila Che Ta jual jubah semua teruja nak beli
  • Bila Fynn Jamal jual seluar semua sawan beli
  • Bila Zizan jual t-shirt semua gairah nak beli


“Kawan Sendiri Berniaga Kena Maki. Bila Artis, Semua Berebut Nak Beli”

Walaupun pakaian yang mereka keluarkan tak patuh syariah… Walaupun pakaian yang mereka keluarkan indah khabar dari rupa.

Bila Betty Rahmad, Izzue Islam, Arja Lee, Tasha Shila, Kak Ogy, Yana Samsudin jual biskut raya… awal tahun lagi semua dah tempah. Walaupun tak sedap mana, harap glamour balang botol letak atas meja.

Bila revolusi minyak wangi artis menular…

Che Ta, Dato CT, Fazura, Shila Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Nealofa keluar jenama minyak wangi sendiri semua berebut beli. Walaupun sumber mereka dari tempat yang sama. Walaupun wangian mereka setanding minyak wangi roll on sebotol RM5 di booth-booth kecil pasaraya.

Semua beli saja. Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Tawar menawar tiada. Beli saja…

Tapi…..

Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut “tak dapat kurang ke?”…. “mahalnya…”, itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawanpun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu…. Kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap “takpe laa saya beli dengan dealer”.

Come on laaaaa….. semua barang dipasaran tu ada kualitinya. Kalau kawan letak harga tinggi tu disebabkan modalnya. Yang penting…. Jangan condemn bila kawan berniaga. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top