0
A+ A-
Baru – baru ini, adik ipar kepada makcik jiran dua rumah ke kanan saya telah dimasukkan ke Hospital Umum Antrabangsa Kuala Lumpur. Kononnya dia terkena demam Denggi. Seperti sedia maklum, Denggi hanyalah penyakit yang dicipta oleh Rockefellar. Bila dijangkiti Denggi, pihak hospital bersekongkol untuk memasukkan NAJIS SYAITON ke dalam badan ‘pesakit’.

Disini, saya boleh BUKTIKAN!


Mereka sengaja menyimpan NAJIS SYAITON di tempat yang tertutup. Tempat yang sukar untuk masyarakat melihatnya. Sejurus melihat tulisan NS, saya terus ambil NAJIS SYAITON tersebut dan melemparnya kepada doktor kurang ajar.

Kejahatan Pihak Hospital Menghancurkan Umat Manusia Didedahkan Lelaki Ini
Cerair normal saline atau NS yang dianggap sebagai najis syaiton

Bila disergah untuk memberi penjelasan, doktor itu berkata; “Ini air garam dengan kepekatan yang hampir sama dengan air dalam badan.”

Terketar doktor tu. Ape ‘tonic’ entah dia katakan lagi. Dia ingat saya ini bodoh?!

Saya tahu lah garam tu namanya Sodium Chloride. Tapi kalau betul sodium chloride, pasti “CL” yang tertulis di situ! Bukan nya NS atau NAJIS SYAITON!!!!!

Saya lekas bawa, adik ipar kepada makcik jiran dua rumah ke kanan saya pulang. Aku berikannya Jus Kurma ditambah dengan daun betik yang dilumat lumat. Saya juga telah memberi beliau Air Doa 10 ayat atau nama singkatannya Air D10. Memang selepas itu dia nampak bertenaga.

Begitulah ceritanya. Pihak hospital dan klinik hanya mahu masyarakat tunduk kepada Rockfellar dengan memberi NAJIS SYAITON.

Lihatlah saya, isteri serta empat orang anak saya. Kami amalkan Air D10 yang dibaca dengan SEPULUH AYAT DOA. Hidup kami gembira dan alami. Anak saya yang dua tahun, masih slim dan ramping dengan berat badan hanya 10 kg!

Mari kita sokong agama dan bangsa kita. Air D10 boleh didapati dengan hanya RM 88 sebotol (termasuk kos penghantaran).

Memang testimoni pelanggan saya tak menipu. Air D10 amat bagus untuk diamalkan.

“Setelah menggunakan Air D10 setiap kali makan, saya rasa amat bertenaga.”
Harun dari Pekan

“Air D10 ni, inject masuk dalam urat terus memang best. Saya juga dapat menjana pendapatan tiga angka setiap minggu. Terima kasih Jutawan Air.”
Abu dari Kampung Air

********************************************************

WARNING: Sebelum anda click ‘share’, this is SARCASM. Merepek je ni. Idea asal adalah daripada status saudara Hafiz Adam Azlan. Status Facebook nya telah viral dan telah mendapat perhatian saya.

Cuba baca balik struktur penulisan saya di atas. Familiar tak?

1. Kutuk dan menuduh satu pihak melanggar hukum syarak dan agama.
2. Memberi alternatif pseudoscience yang tiada bukti keberkesanannya.
3. Menggunakan sentimen agama.
4. Akhirnya, rupa – rupanya menjual produk tersebut dengan harga yang gila mahal! - MOfrust.com
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top