0
A+ A-
Bila membaca kisah rumahtangga orang lain yang sering bermasalah, aku rasa teringin juga aku berkongsi di sini, bukan untuk membuka aib sesiapa. Cuma sebagai panduan bersama. Aku berkahwin dengan anak seorang ibu yang pandai masak.

Di awal perkahwinan tiada masalah kerana suami akan selalu balik ke rumah  ibu bapanya untuk makan. Kami duduk rumah sendiri tapi masih dalam daerah yang sama. Ibu mertua sememangnya terkenal sebagai orang yang pandai memasak.

Masih Tiada Zuriat, Mertua Minta Anak Ceraikan Isterinya

Malah ibu mertua pun dengan senang hati untuk terus masak bagi suami makan. Kekadang belom habis waktu kerja dia sudah telefon suami untuk bagitahu menu yang dia masak, biasanya lauk kegemaran suami menyebabkan suami akan bergegas balik ke rumah ibunya untuk makan.

Aku pula ketika itu fikir agak menyenangkan aku, yer la penat bekerja jadi tidak perlu aku berlari balik untuk masak. Oleh kerana suami seorang guru dan aku bekerja waktu pejabat, balik rumah makanan yang suami bawa balik sudah ada. Lama-kelamaan aku aku pun mula masak juga, bukan apa, kita sendiri pun mesti ada menu kegemaran kita.

Suami rasa jer dia rasa sedap. Setiap hari menu berbeza aku masak dan menyebabkan suami sudah jarang ke rumah ibu bapanya. Suami sudah jarang memuji masakan ibunya tetapi dia yang sering minta aku masak menu-menu yang dia inginkan. Aku bangga dengan perubahan ini.

Tapi hakikatnya ibu mertua tidak suka, bermacam cara dilakukan untuk menghalang suami makan apa yang aku masak. Aku ingatkan dia sekadar cemburu sebab anaknya berubah selera, jadi aku abaikan.  Tapi memandangkan kelakuannya agak drastik sehinggakan setiap pagi dia akan masak dan hantar ke sekolah, malah ada ketika dia tunggu waktu rehat suami dengan bekal di tangan.

Aku mula pelik dan bertanya pada kaki ipar. Kak ipar pada mulanya agak keberatan untuk buka mulut. Dan dia pun ingin aku berterus terang. Aku yang tidak tahu apa-apa mengangguk kepala. Agak mengejutkan apabila Along bertanya sama ada aku mengenakan ilmu untuk menundukkan suami kerana mereka pelik bagaimana adik mereka yang hampir ditunangkan dengan sepupu sendiri tetiba boleh bertukar fikiran.

Malah sepupu yang sama memberitahu pernah ternampak aku di rumah bidan 6 bulan lepas, katanya aku sedang menundukkan suami.  Kebetulan ketika itu suami mula suka pada masakan aku. Patutla dari awal perkahwinan ibu tidak bagi suami makan kat rumah kami, malah dibawa bekal balik untuk makan sebelah petang, aku pula ingatkan itu untuk aku.

Selepas aku tahu cerita sebenar, aku ambil keputusan untuk bersemuka. Suamiku memang pernah bercerita yang dia hampir bertunang dengan sepupunya ketika kami terputus hubungan. Bila kami berjumpa balik, itupun atas ihsan Facebook, hubungan terjalin semula dan dia menolak untuk bertunang dengan sepupu secara baik. Tentang aku berjumpa dengan bidan pula adalah sebab aku mengurut, memandangkan sudah setahun lebih kami berkahwin masih belom ada tanda-tanda untuk dapat zuriat, ada yang bagi cadangan untuk mengurut.

Walaupun ipar-ipar ramai yang dapat terima penjelasan aku, tapi ibu mertua masih sangsi, aku masak langsung dia tak sentuh, sudah 3 bulan berlalu dan aku tak kan putus asa untuk mengambil hati ibu mertuaku

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top