0
A+ A-
Hebat juga suami Adira. Melalui kenyataannya sebelum ini, memang gayanya Ruhainies bakal menjadi isteri ketiga namun bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyatakan perkara sebaliknya.

Jika diberi pilihan, pelakon baru Ruhainies lebih selesa memilih jodoh daripada kalangan lelaki muda.

Ruhainies Tidak Suka Lelaki Tua, Dato Red Suka Perempuan Muslimah

“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,” jelasnya selain turut menafikan bahawa dia merupakan dalang kepada penyebaran video mesra.

Malah Datuk Red juga menyatakan rasa simpati terhadap Ruhainies di atas perkara tersebut. Bagaimanapun Datuk Red juga percaya terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej dirinya melalui rakaman video tersebut.

“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira”

“Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,” katanya. Adnan sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila mengahwini Adira secara rahsia pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Selain Adira, Adnan juga mempunyai seorang lagi isteri, yang hanya dikenali sebagai Datin Red lapor Rotikaya.

Dato Red Suka Perempuan Muslimah Tapi Ruhainies Tidak Suka Lelaki Tua
Ruhainies bergambar bersama teman lelakinya, Azrel

Bagi Ruhainies, biarpun soal jodoh menjadi ketentuan Allah, namun tidak salah sekiranya dia menetapkan pendirian sendiri berhubung lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Dan Ruhainies juga ada menetapkan syarat berhubung soal hatinya itu.

“Soal jodoh saya tidak memilih, sesiapa saja yang sudah ditentukan Tuhan dan sekiranya dia dapat membuka hati ini, akan saya terima dengan berlapang dada.

“Namun, biarlah usia lelaki itu tidak terlalu tua daripada saya,” katanya.

Ruhainies atau nama asalnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata demikian ketika ditemui di majlis kejutan hari lahirnya ke-24 di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketika ini namanya menjadi sebutan dan gosip di kalangan peminat hiburan selepas rakaman klip video dan gambarnya bersama suami orang tersebar di media sosial lapor Malaysiakini.

(Baca: ‘Baru Adira Rasa Apa Yang Saya Rasa’ – Datin Red)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top