0
A+ A-
Gara-gara mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah, Kuala Lumpur jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran yang dihubungi mengesahkan kejadian itu lapor Mynewshub.

Wanita Parah Melecur Akibat Jawab Telefon Di Stesen Minyak

“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 25 tahun.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi.

Jawab Panggilan Telefon Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

Manogaran dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak menjawab panggilan ketika mengisi minyak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak bernama Saifuddin Ismail Din, 7, melecur 15% di muka, badan dan kaki akibat disambar api di stesen minyak Guchil, Kuala Krai.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain pemetik api dalam kereta ketika ibunya Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi minyak.

Jawab Panggilan Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top