0
A+ A-
PELAKON Ruhainies yang namanya kini hangat bak pisang goreng panas menyatakan dia enggan terlibat dengan mana-mana projek lagi dengan ahli perniagaan Dato Red yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan dirinya sebelum ini.

Dato Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu merupakan suami kepada penyanyi Adira didakwa mempunyai hubungan dengan Ruhainies selepas penyebaran sebuah video menunjukkan aksi kemesraan di antara keduanya pada pertengahan bulan lalu.

Sebab Ruhainies Enggan Kerjasama Dengan Dato Red Lagi

Mengulas mengenai keengganannya untuk bekerjasama lagi, ini jawab Ruhainies, “Pertemuan kami untuk membincangkan projek filem pendek seperti iklan raya membabitkan saya dan dia baru-baru ini.”

“Sebelum berlakunya lebih banyak masalah, lebih baik saya batalkan dan menarik diri.

“Saya tidak mahu dihimpit kontroversi lain. Seboleh-bolehnya saya mahu bekerja dalam suasana tenang dan selesa,” katanya memetik Harian Metro.

Video kontroversi itu dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dan ia memaparkan aksi seolah-olah Dato Red merangkul pinggang aktres muda itu.

(Baca: Nasihat Sayu Datuk Red Buat Bakal Anak)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top