0
A+ A-
Saya akan jangka golongan convert akan bash perkongsian ini. Ada hampir 200 orang anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang ada sebahagian kami jaga dari merah lagi. Sudah 12 tahun kami tubuhkan RPWP ini. Yang dulu umurnya 5 tahun sekarang dah 17 tahun.

Kenapa kebanyakan kes pondan yang cuba justify naluri mereka naluri wanita sedangkan badannya lelaki kebanyakan datang dari latarbelakang seperti dalam keluarga contohnya, semua adik beradik perempuan dan dia seorang lelaki (ini satu contoh). Ayah pula jenis tidak kisah nak buat anak lelaki jadi kawan dan lebih selesa biarkan anak lelaki main dengan kakak-kakak dan adik-adik perempuan.

Kenapa Perlu Salahkan Takdir Allah Kalau Nak Jadi Pondan?
Gambar hiasan.

Sedikit mereka terbiasa dengan keselesaan dalam lingkungan itu, maka mereka mula membentuk kecenderungan dan itu kita panggil “naluri” kononnya. Tiada ayah dalam Al-Quran yang Allah iktiraf golongan convert ini dan itu jelas menunjukkan, Allah tidak pernah silap meletakkan lelaki pada badan lelaki dan perempuan pada badan perempuan. Yang khunsa juga Allah beri pilihan yang mana satu pilihannya? Sekali pilih…ia kekal dan terpakailah ayat Quran kepadanya. Yang ada dalam Quran cuma RIJAL dan NISA’. Tiada pula yang dipertengahannya.

Dalam hampir 200 orang generasi anak-anak yang ada yang dah berkahwinpun sekarang di RPWP, kami sensitif dengan pergaulan dan kecenderungan budak. Masih saya ingat lagi seorang anak lelaki yang dahulu suka bermain anak patung dengan rakan yang perempuan sedangkan dia baru berumur 2 tahun. Itupun kami sudah pisahkan untuk dia bermain dengan rakan-rakan lelakinya. Siap ada yang asalnya jalan kepit dan kami asal jumpa mesti tegur…jumpa sahaja akan tegur. Aktiviti lelaki pula untuk lelaki aktiviti perempuan untuk perempuan.

Alhamdulillah so far semua dapat diluruskan semula. Ini semua satu pilihan. Alah keluarkan dari perut ibu kita semua seperti kain putih. Jika direndam dalam persekitaran pink…maka pink lah jadinya. Jika direndam dalam warna merah…maka merahlah jadinya.

Bila ada yang menjadi pondan dan kemudian dikatakan itu ketentuan dari Allah, jelas sungguh mereka cuba menyalahkan Allah yang kononnya menciptakan naluri wanita dalam tubuh lelakinya. Sebab itu nabi tidak mengakui ummat apatah lagi bertoleransi dengan golongan ini dan atas sebab itu semua pesanan nabi hanya untuk RIJAL ataupun NISA’ dan tidak ada di antaranya.

Hormon wanita yang dikatakan lebih dalam badan manusia itu siapa yang keluarkan? Bukankah otak kita yang kawal? Dan siapa pula yang kawal otak kita? Bukankah kita juga? Kerana naluri jadi macam perempuan dah kerana otak fikir dia perempuan maka terembeslah hormon-hormon perempuannya. Saya ni bukan doktor tapi saya ada akses kepada anak-anak begini dan ia boleh sangat dipulihkan.

Perasan tak…sebahagian lelaki yang jadi fashion designer, make-up artist dan wedding planner ramai juga yang lembut walaupun mereka lelaki?

Why?

Kerana mereka lelaki dalam rendaman sosialnya di kelilingi perempuan, permainan perempuan, dunia perempuan dan itulah yang membentuk naluri mereka.

Kenapa salahkan Allah naluri kamu ialah perempuan sedangkan kamu seorang lelaki? Saya tidak berminat untuk memujuk mereka yang telah terlanjur dipondankan sehingga sanggup potong burung dan simpan telurnya. Saya lebih berminat untuk menyampaikan perkongsian ini kepada ibu bapa yang punya anak-anak dan masih percaya bahawa naluri itu dilahirkan bersama jantina anak dan kita tiada kuasa mengubahnya.

Ketahuilah…jika kita percaya kata Allah bahawa anak-anak ini dilahirkan bersih seperti kain putih, kita juga wajib percaya…semuanya boleh dicorakkan mengikut apa yang kita mahukan.

Kalau anak lelaki kamu bergolek-golek depan kedai mainan untuk kamu belikan dia Barbie Doll dan kamu belikan juga, bersedialah nanti anak yang sama akan menangis-nangis minta kamu biayai operation dia memotong burung. Sekian

Sumber : Saiful Nang
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top