0
A+ A-
Kebiasaannya sekarang, kisah-kisah kecurangan dan kezaliman suami banyak mendominasi ruangan news feed di laman-laman media sosial sehinggakan banyak kebaikan yang dilakukan oleh golongan yang bergelar suami ini dikaburi dengan berita-berita yang negatif.

Di Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai Eko Pratomo Suyatno ini mendapat perhatian netizen di republik itu apabila beliau yang sedang melalui ujianNya dengan tabah apabila isteri Suyatno telah disahkan lumpuh beberapa tahun yang lepas.

Kesetiaan Suami Ini Buat Ramai Terpukau

Isteri yang dinikahi 32 tahun yang lalu disahkan lumpuh dari bahagian pusat ke bawah setelah melahirkan anak mereka yang ke empat.

Meskipun usia Suyatno sudah melewati 60 tahun, ianya tidak menjadi halangan untuk beliau menunaikan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga dan mencari ikhtiar untuk merawat penyakit isteri beliau ini.

Sudah menjadi rutin hari Suyatno sejak 25 tahun yang lepas di mana setiap hari sebelum berangkat pergi ke tempat kerja, beliau akan memandikan, membersihkan kotoran, menyuap makanan dan mengangkat isterinya ke tempat tidur.

Walaupun isterinya sudah tidak dapat bertutur untuk mengucapkan terima kasih atau kata-kata cinta, akan tetapi setiap senyuman yang terukir di bibir isterinya itu menjadikan pembakar semangat untuk Suyanto.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top