0
A+ A-
SUSULAN ‘penghijrahan’ Safiey Ilyas kepada dunia pondan semula dan pelakon Uqasha Senrose yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun mengenakannya, bekas model yang juga seorang mualaf, Felixia Yeap ada memberikan sedikit nasihat dan pesanan kepada kedua-dua individu tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya itu, Felixia berkata melakukan penghijrahan itu adalah mudah, yang susah itu ialah untuk melakukan sesuatu perkara itu secara istiqamah (berterusan).

Pesanan Felixia Yeap Buat Safiey Ilyas Dan Uqasha Senrose

“Benarlah bila orang berkata… Hijrah itu sebenarnya mudah. Istiqamah itu yang susah.

“Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.

“Mengejutkan? Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.

“Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.

“Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat… daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.

“Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.

“Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah dan sebagainya.

“Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

“Fokuskan pada yang positif, fokuskan pada yang membina, fokuskan pada yang ikhlas.

“Istiqamah itu terlalu susah, saya tahu, tetapi hijrah dan hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.

“Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

“Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang, kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf, tetapi itulah manusia.

“Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah… Bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

“Kalau tak boleh hijrah laju-laju, hijrahlah perlahan-lahan.

“Lebih baik perlahan tetapi istiqamah, daripada laju tetapi cepat mengalah.

“Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah, bertaubatlah.

“Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucapkan yang baik-baik sahaja.

“Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.

“Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu, daripada bekas model P*****y ini.

“Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqamah, berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah,” tulisnya.

Pesanan Felixia Yeap Buat Safiey Dan Uqasha

Pesanan Felixia Yeap Buat Safiey Dan Uqasha

Pesanan Felixia Yeap Buat Safiey Dan Uqasha

Pesanan Felixia Yeap Buat Safiey Dan Uqasha

Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap merupakan bekas model Playboy mendapat hidayah berhijrah dengan memeluk agama Islam pada tanggal 3 Julai 2014. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top