0
A+ A-
Umum mengetahui penyanyi Elly Mazlein kali ini berpeluang untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza 3, minggu kedua beliau mendapat lagu Berpisah Jua nyanyian asal Ziana Zain. Tidak kami nafikan, lagu berkenaan agak berkaitan dengan apa yang Elly sedang lalui sekarang.

Elly memberikan persembahan yang agak mantap semalam, namun apa yang mengundang perhatian orang ramai ialah lawak Nabil yang seakan mempersendakan penderitaan yang Elly sedang tanggung.

Lawak Melampau Nabil Terhadap Elly Mazlein Dikecam

Ayat Nabil berbunyi seperti ini :-

Macam ni punya cantik pun berpisah jua.

Netizen yang menonton GV3 menganggap lawak Nabil itu agak biadap dan tidak sensitif terhadap Elly. Buat netizen, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi jika ia melibatkan kehidupan peribadi seseorang.

“Lawak Nabil Terhadap Elly Mazlein Melampau” - Netizen

“Lawak Nabil Terhadap Elly Mazlein Melampau” - Netizen

“Lawak Nabil Terhadap Elly Mazlein Melampau” - Netizen

Ini bukan kali pertama Nabil mencetuskan kemarahan orang ramai dengan lawaknya ketika mengacarakan program Gegar Vaganza dan beliau pernah berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkata. Mungkin malam tadi Nabil tidak perasan dengan apa yang beliau katakan, harapnya selepas ini Nabil dapat memperbaiki kesalahannya itu dan tidak lagi membuat lawak yang melibatkan peribadi seseorang artis itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top