0
A+ A-
Kerap kali kita melihat gambar-gambar di laman sosial yang menunjukkan pak Arab dengan sedulang besar makanan sedap. Ingatkan gambar seperti itu hanya bertujuan untuk ‘bergambar’, rupanya tidak. Ia sememangnya amalan orang kaya Arab.

Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam.

Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup. Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya…ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah.

Amalan Aneh Masyarakat Arab Ketika Makan

Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah.

Anda boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi saya sendiri. Nauzubillah.

Gambar ini sekadar hiasan tetapi percayalah dari Arab kaya sampai Arab yang tak kaya pun membudayakan pembaziran yang sama.

Mereka bangga nabi diutus pada kaum mereka tetapi mereka tidak sedar jika nabi saw membawa hudan Al-quran mampu membaiki akhlak manusia yang terburuk atas mukabumi ini, pastinya Al-Quran dengan mudah mampu membentuk bangsa yang lain.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top