0
A+ A-
NAYPYIDAW: Myanmar mahu melakukan pembersihan etnik minoriti Islam Rohingya daripada wilayah mereka, kata pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Jurucakap agensi pelarian PBB, John McKissick, berkata pasukan tentera bersenjata membunuh penduduk Rohingya di negeri Rakhine, yang menyebabkan mereka lari ke negara jiran, Bangladesh.

Kerajaan Myanmar dilaporkan sedang menjalankan operasi menangani pemberontakan sejak serangan terhadap pengawal sempadan pada Oktober lalu.

Myanmar Mahu Hapus Rohingya Seperti Hitler Lakukan Kepada Yahudi

Namun, jurucakap kerajaan menafikan laporan kekejaman itu.

Sebaliknya, penduduk Rohingya didakwa membakar rumah mereka di negeri Rakhine.

Pihak media tidak dapat meninjau kawasan itu untuk memastikan apa yang berlaku kerana wartawan dan pekerja bantuan dihalang memasuki kawasan berkenaan.

Majoriti penduduk Myanmar menganggap kira-kira sejuta etnik Rohingya di Rakhine sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Sumber : Agensi

Catat Ulasan Blogger

 
Top